https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pemotongan dana bantuan tidak halang sesi persekolahan Palestin

GAZA CITY - Seramai 526,000 kanak-kanak Palestin kembali ke sekolah yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas tamatnya cuti musim panas hari ini, meskipun Amerika Syarikat (AS) sebelum ini bertindak memotong dana bantuan bernilai AS$300 juta (RM1.2 bilion) daripada Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).

Menurut UNRWA, sebanyak 711 sekolah di bawah agensi berkenaan dibuka semula di Gaza dan Tebing Barat selain di Jordan, Lebanon serta Syria.

Walau bagaimanapun, ujar UNRWA, kesemua sekolah tersebut berkemungkinan terpaksa ditutup semula sekiranya tiada dana bantuan tambahan disalurkan.

“Buat masa ini, kami tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk meneruskan operasi sekolah selepas hujung bulan hadapan.

“Pada akhir bulan hadapan, UNRWA akan menjalankan operasi dengan ‘poket kosong’ ke atas semua perkhidmatannya, termasuklah sekolah dan kemudahan perubatan.

Tahun lalu, AS, yang merupakan penyumbang tunggal terbesar UNRWA, menyalurkan dana sebanyak lebih AS$350 juta (RM1.4 bilion).

Namun pada tahun ini, AS hanya memberikan dana sebanyak AS$65 juta (RM266 juta) selepas Trump memutuskan untuk menyekat bantuan untuk penduduk Palestin. - AFP




Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.