https://critoxium.com/shop/

Terkini

Ali Khamenei beri amaran sedia tinggalkan perjanjian nuklear

TEHRAN  Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei memberi amaran negara itu mungkin akan meninggalkan perjanjian nuklearnya dengan kuasa-kuasa dunia sekiranya ia tidak lagi memberi kepentingan kepada Tehran.

“Secara dasarnya, sekiranya kita mendapati perjanjian berkenaan tidak lagi mengekalkan kepentingan negara ini, kami akan mengetepikannya,” kata Ali Khamenei ketika pertemuannya dengan Kabinet.

Tambah beliau, Iran tidak boleh meletakkan harapan kepada negara Eropah, walaupun Eropah cuba menyelamatkan perjanjian nuklear berkenaan selepas penarikan Amerika Syarikat (AS). - AFP

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.