Tempatkan projek kereta nasional ketiga di T'ganu
Oleh HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Dalam soalan tambahan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berhubung rancangan projek kereta nasional ketiga, saya mengucapkan tahniah atas usaha agar projek ini dibiaya sepenuhnya oleh pihak swasta.
Soalan saya, oleh kerana kesemua projek
kereta nasional sebelum ini semua ditempatkan di Pantai Barat khususnya
Lembah Klang tidakkah patut kerajaan memikirkan untuk menempatkan projek
kereta nasional ketiga ini ke Terengganu atau Kelantan bagi meransang
pertumbuhan perindustrian di negeri-negeri berkenaan yang masih dalam
kategori termiskin?
Tidakkah kerajaan boleh menawarkan
insentif-insentif khusus kepada pelaburan berkenaan agar ia boleh
ditempatkan di Terengganu agar menyediakan peluang pekerjaan, penempatan
industri kecil dan sederhana yang akan menjadi vendor kepada projek
berkenaan?
Tidakkah ia boleh membantu mengelakkan lebih ramai belia yang berhijrah ke Lembah Klang dan menambah kesesakan yang sedia ada?
Terima kasih atas respon Menteri bahawa
Kerajaan akan mengambil perhatian perkara ini dan akan mengkaji galakan
dan insentif sewajarnya.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.