https://critoxium.com/shop/

Terkini

Anwar jumpa Daim bincang ekonomi negara

PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menemui Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan yang juga bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin untuk membincangkan ekonomi negara, pada Isnin.

Anwar memuat naik 2 gambar pertemuan itu di Facebooknya.

“Hari ini (Isnin) meneruskan perbincangan dengan Tun Daim Zainuddin. Mencatur agenda yang jelas bagi memperkasa ekonomi untuk dipertimbangkan PM Tun Mahathir,” tulisnya dalam catatan itu.

Anwar dijangka bertanding di pilihan raya kecil Port Dickson selepas penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah melepaskan kerusi Parlimen itu, Rabu lalu.
Jika menang, beliau akan kembali ke Parlimen dalam persiapan untuk mengambil alih jawatan perdana menteri bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.