Hukuman pesalah syariah di masjid
KOTA BHARU: Hasrat
rakyat Kelantan untuk menyaksikan pelaksanaan sistem perundangan Islam
di tempat awam akan direalisasikan tidak lama lagi apabila Enakmen
Tatacara Jenayah Syariah diwartakan.
Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan
Ahmad Yakob berkata, peraturan itu sudah diluluskan pada Sidang Dewan
Undangan Negeri (Dun) pada 2017 kini sedang dalam proses untuk
diwartakan.
Menurutnya, beberapa lokasi tumpuan
telah dicadangkan bagi melaksanakan hukuman sebat di khalayak ramai
antaranya ialah dewan tertutup, masjid serta di kawasan stadium.
"Baru ini kita pinda enakmen ini dalam
Dun pada 2017 tetapi sehingga kini masih dalam perhatian untuk
diwartakan sahaja, ia sudah diluluskan dalam Dun.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.