MCA perlu mohon maaf
Pengarah PRK Balakong PH, Ean Yong Hian Wah berkata, MCA telah bekerjasama dengan Pas secara terbuka.
Menurutnya, beliau melabel MCA sebagai parti tidak konsisten, tidak jujur dan tidak bertanggungjawab.
"MCA bukan sahaja bergabung dengan Umno yang rasuah tetapi mahu bekerjasama dengan Pas untuk menubuh negara teokratik di Malaysia.
"Presiden MCA dan timbalannya tidak perlu sorok dan sembunyi lagi, saya minta mereka tampil ke depan untuk minta maaf kepada rakyat Malaysia akan penipuan mereka selama ini," katanya.
Beliau turut menyeru pengundi Balakong menolak pimpinan MCA yang tidak berintegriti dan berprinsip.
Semalam, buat pertama kali Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berucap di pentas MCA sebagai menyokong calon MCA Balakong, Tan Chee Teong.
Sementara itu, Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, kerjasama MCA dan DAP bertujuan membentuk pembangkang yang kuat menjalankan fungsi semak dan imbang.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.