Jabatan Amal kempen tawan Seri Setia
SHAH ALAM: Jabatan Amal
Malaysia menganjurkan program kemasyarakatan `A Day for charity (AD4C)
bersama jentera PAS dan wakil penduduk PPR Lembah Subang Blok G & H
dalam misi membersihkan kawasan padang taman permainan dan sekitar blok
perumahan.
Pengarah Jabatan Amal Negeri Selangor,
Shehdi Hezri berkata, Jabatan Amal dimaklumkan oleh wakil penduduk dan
surau kawasan itu tidak diberi tumpuan langsung oleh mana-mana pihak.
Katanya, ini kerana kawasan perumahan tersebut berada ke dalam dan di hujungnya jalan mati.
"Penduduk berterima kasih di atas
bantuan yang diberikan kepada mereka. Kami sempat mengajak mereka untuk
sama-sama menjaga kebersihan khususnya di kawasan tempat tinggal,"
katanya.
Menurut beliau, perkara itu penting dan perlu diubah adalah bermula dari sikap individu itu sendiri.
"Kawasan ini kawasan kita maka kita
perlu bertanggungjawab memastikan sampah sarap dibuang ditempat
sepatutnya," katanya kepada penduduk PPR Lembah Subang, kelmarin.
Hari berikutnya, kata beliau Jabatan Amal menumpukan Masjid Tengku Kelana untuk melebarkan program khidmat bakti AD4C.
"Di sini kami telah membersihkan kawasan
luar dan dalam masjid. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh
jawatankuasa masjid," katanya.
Sekitar kejiranan Masjid Al Amin hadapan
Sunway Piramid, Jabatan Amal Malaysia membantu membersihkan sampah
sarap kawasan persekitaran perumahan penduduk sambil membuka kaunter
kesihatan.
Pengerusi surau flat Desaria dan seluruh AJK adalah orang kuat Umno.
Sebelum ini kata beliau, PAS tidak pernah berjaya masuk ke kawasan perumahan tersebut.
"Alhamdulillah hari ini dalam sejarah
tembok itu dapat diruntuhkan berkat kerjasama politik sempena pilihan
raya kecil Dun Seri Setia.
“Kami Jabatan Amal Malaysia Pemuda PAS
diberi kebenaran memberi khidmat membersihkan surau dan sekitar flat
tersebut, sehingga pengerusi terharu dengan kerja membaik pulih dapur
surau mereka," katanya.
Jabatan Amal juga telah membuka kaunter perkhidmatan kesihatan percuma serta perubatan Islam Darus Syifa.
Ahad lalu, ribut telah melanda kawasan Subang menyebabkan beberapa dahan pokok tumbang di sekitar kawasan SS7 dan SS5.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.