Pertimbang semula pelantikan Presiden UIAM
Oleh Nasrudin Hassan
PIHAK Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) sewajarnya mempertimbangkan semula
pelantikan Menteri Pendidikan sebagai Presiden UIAM yang baharu.
Terlebih wajar jawatan tersebut
diberikan kepada ahli akademik yang berkredibiliti dan berpengalaman
berbanding seorang ahli politik.
Permintaan ini juga selaras dengan
aspirasi menteri sendiri yang mahukan universiti bebas daripada mereka
yang mempunyai kepentingan politik kepartian.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan yang
juga merupakan ahli parti politik PPBM turut mendesak semua penjawat
awam lantikan politik dan mempunyai kecenderungan politik BN di
universiti meletakkan jawatan.
Berasaskan aspirasi tersebut, beliau
sewajarnya memberi laluan kepada individu lain yang lebih sesuai untuk
menggalas jawatan tersebut.
Tambahan pula, seorang ahli akademik
yang lebih layak perlu dilantik untuk memacu hala tuju universiti ke
arah memartabatkan nilai ilmu di samping mengukuhkan autonomi dan
kebebasan akademik.
PAS juga turut memberi perhatian
terhadap isu pelantikan Setiausaha Politik Menteri Pendidikan yang
dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia.
Sebelum ini, Penasihat Khas Menteri Pendidikan telah dilantik menjadi Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
Kementerian Pendidikan harus menjelaskan
apakah tatacara pelantikan orang yang berkepentingan politik kepartian
di jawatan-jawatan penting bagi mengelakkan persepsi buruk dan konflik
kepentingan.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.