Kenapa Akta 355 perlu dikaji semula
PETALING JAYA: Peguam hak asasi manusia Fahri Azzat menyambut baik
langkah kerajaan mahu mengkaji semula Akta Mahkamah Syariah (Bidang
kuasa Jenayah) dan menyifatkan undang-undang itu bertentangan dengan
perlembagaan dalam bentuknya sedia ada.
“Ia tidak digubal dengan sempurna,” katanya . “Ia menetapkan hukuman tanpa menetapkan kesalahan.”
Kata beliau, ketiadaan senarai kesalahan dalam akta itu menjadi punca bagi keputusan Mahkamah Syariah Terengganu mensabitkan 2 wanita atas tuduhan cuba melakukan hubungan seks sama jenis dan dijatuhi hukuman sebat di hadapan khalayak.
Fahri menggesa pihak berkuasa kehakiman syariah supaya menyetujui kajian semula itu.
Akta itu, yang juga dikenali sebagai Akta 355 merupakan salah satu
daripada beberapa undang-undang yang dijangka dikaji semula oleh
kerajaan, kata Fuziah Salleh, timbalan menteri di Jabatan Perdana
Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal-ehwal agama Islam.
Baru-baru ini Fuziah memberitahu Dewan Negara bahawa kajian semula itu, antara lain akan merangkumi, infrastruktur Mahkamah Syariah, kompetensi hakim dan pendakwa serta kemungkinan untuk mengharmonikan antara undang-undang syariah dan sivil.
Fahri berkata, keharmonian antara 2 sistem perundangan itu sudah sedia wujud, terutamanya dari segi bidang kuasa.
“Akan tetapi aplikasinya bermasalah,” katanya. “sebagai contoh hakim syariah mungkin mengeluarkan perintah penjagaan kepada bapa tanpa persetujuan ibu kerana dia beragama Hindu. Mereka tahu ia tidak patut dilakukan, tetapi mereka lakukan juga.
“Aplikasi undang-undang yang lemah oleh Mahkamah Syariah juga menimbulkan ketegangan antara penganut agama.”
Beliau berkata, Jabatan Kehakiman Syariah perlu berbincang dengan Pejabat Peguam Negara dan Pejabat Ketua Hakim Negara mengenai isu yang tidak ditangani dengan baik oleh Mahkamah Syariah.
Ketua pegawai eksekutif Pusat Penyelidikan dan Guaman Hak Asai Manusia, Azril Mohd Amin berkata, wujud keperluan untuk menyelaraskan sesetengah enakmen agama seperti perceraian dan hak penjagaan supaya seragam antara negeri berbeza.
Katanya pihak berkuasa boleh mengkaji undang-undang pelbagai negeri dan mengambil yang paling baik dalam isu tertentu dan mencadangkan pemakaian di negeri lain.
“Ia tidak digubal dengan sempurna,” katanya . “Ia menetapkan hukuman tanpa menetapkan kesalahan.”
Kata beliau, ketiadaan senarai kesalahan dalam akta itu menjadi punca bagi keputusan Mahkamah Syariah Terengganu mensabitkan 2 wanita atas tuduhan cuba melakukan hubungan seks sama jenis dan dijatuhi hukuman sebat di hadapan khalayak.
Fahri menggesa pihak berkuasa kehakiman syariah supaya menyetujui kajian semula itu.
Baru-baru ini Fuziah memberitahu Dewan Negara bahawa kajian semula itu, antara lain akan merangkumi, infrastruktur Mahkamah Syariah, kompetensi hakim dan pendakwa serta kemungkinan untuk mengharmonikan antara undang-undang syariah dan sivil.
“Akan tetapi aplikasinya bermasalah,” katanya. “sebagai contoh hakim syariah mungkin mengeluarkan perintah penjagaan kepada bapa tanpa persetujuan ibu kerana dia beragama Hindu. Mereka tahu ia tidak patut dilakukan, tetapi mereka lakukan juga.
“Aplikasi undang-undang yang lemah oleh Mahkamah Syariah juga menimbulkan ketegangan antara penganut agama.”
Beliau berkata, Jabatan Kehakiman Syariah perlu berbincang dengan Pejabat Peguam Negara dan Pejabat Ketua Hakim Negara mengenai isu yang tidak ditangani dengan baik oleh Mahkamah Syariah.
Ketua pegawai eksekutif Pusat Penyelidikan dan Guaman Hak Asai Manusia, Azril Mohd Amin berkata, wujud keperluan untuk menyelaraskan sesetengah enakmen agama seperti perceraian dan hak penjagaan supaya seragam antara negeri berbeza.
Katanya pihak berkuasa boleh mengkaji undang-undang pelbagai negeri dan mengambil yang paling baik dalam isu tertentu dan mencadangkan pemakaian di negeri lain.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.