https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kes Khir Toyo-Lim jauh panggang dari api

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin berkata kes rasuah bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng adalah “jauh panggang dari api” dan wajar diberikan layanan sama.

Dalam satu kenyataan Hanipa, yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal undang-undang, menyifatkan perbandingan antara kedua-dua kes itu sebagai tidak cermat dan malah adalah gopoh.
“Cukuplah jika saya kata saya berbohong pada diri saya jika saya kata kedua-dua kes itu adalah sama dan wajar diberikan layanan yang sama.

“Saya masih ingat ungkapan bahawa diskriminasi juga berlaku jika kita treat unequal as equal.

“Orang Melayu kata kedua-dua kes itu jauh panggang dari api. Orang putih pula kata the two cases are poles apart.

“Orang Arab pula akan kata memberi analogi kes YB Menteri Kewangan dengan kes mantan MB Selangor adalah, dengan hormat, qiyas ma'a al-fariq (mudahnya qiyas yang tidak serupa/ berbeza),” kata  Hanipa yang juga adalah ahli parlimen Sepang.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan bekas ketua menteri Lim Guan Eng daripada dua tuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah negeri dan pembelian banglo di bawah nilai pasaran.

Keputusan itu dibuat selepas Pejabat Peguam Negara menerima representasi daripada peguam Lim dan menggugurkan kes berkenaan.

Timbalan pendakwa raya memohon kepada mahkamah supaya tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan, namun hakim memutuskan untuk membebas dan melepaskan Lim daripada tuduhan berkenaan.

Susulan itu, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Noraini Ahmad semalam membuat perbandingan kes tersebut dengan kes rasuah Dr Khir pada tahun 2005.

Dr Khir dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya pada tahun 2015 kerana menerima dua lot tanah di Shah Alam bernilai RM3.5 juta untuk dirinya dan isterinya.

Noraini juga mempersoalkan mengapa dalam kes Lim yang sudah dikenakan pendakwaan dan perbicaraannya telah pun bermula tetapi peguam negara memutuskan pendakwaan kes tidak diteruskan.

Katanya, tindakan itu menimbulkan rasa pelik kepada orang ramai dan belum separuh kes dibicarakan, sudah diberhentikan.

Menurutnya, sekurang-kurangnya rakyat melihat sebelumi ini tiada campur tangan peguan negara dalam kes yang melibatkan Dr Khir.

Menjawab bidasan itu, Hanipa berkata, gesaan supaya kes Lim dibicarakan sepenuhnya adalah adil dan munasabah.

A fair and reasonable view. Cuma, jika itu hujahnya, tidak perlulah ada doktrin nolle prosequi (pihak pendakwa membuat keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan).

“Tidak perlulah ada seksyen 254 CPC .Dan tidak perlulah AG ada kuasa/budibicara untuk tidak teruskan kes di bawah Perkara 145 ( 3 ) Perlembagaan Persekutuan tanpa wajib beri sebarang alasan,” katanya.

Justeru, menurut Hanipa analogi yang dibuat itu tidak cermat dan gopoh. Namun, katanya, dalam kerangka kebebasan bersuara, pandangan berkenaan perlu dihormati walau pun sama ada pendapat itu betul atau tidak, ia isu lain.

Sebaliknya, kata pemimpin MANAH itu, toleransi adalah intipati demokrasi..

1 ulasan:

  1. Bagaimana pula dengan kes pembelian tanah milik kjaan oleh 1mdb (yang pada masa itu bukan milik kjaan) yang jauh lebih rendah dari harga pasaran. Tanah itu kemudiannya dalam masa yang singkat dijual pula oleh 1mdb kpd Tabung Haji pada harga yang sangat mahal (yang memungkinkan 1mdb mendapat untung atas angin tanpa perlu susah payah dan tanpa perlu ketelusan). Dalam urus niaga tu juga ada terlibat salah laku dimana orang yang sama menjadi pengarah didalam 1mdb yang menjual dan juga pengarah dalam tabung haji yang membeli tanah tu. Orang itu terlibat dalam meluluskan penjualan bagi pihak 1mdb dan dia juga terlibat dalam meluluskan pembelian tanah itu bagi pihak Tabung Haji. Dalam kes tu, SPRM dulu takde pun dok sibuk nak siasat penjualan tanah oleh 1mdb yang jelas banyak perkara yang meragukan dan tak telus. Nampaknya bukan sahaja kes Guan Eng yang perlu penjelasan tetapi kes 1mdb lebih patut dan lebih afdal diperjelaskan oleh SPRM.

    Nick.
    Cape Tiger.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.