https://critoxium.com/shop/

Terkini

Maszlee Menteri Pendidikan Yang Mendidik

Oleh Mohd Sayuti Omar

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik tidak sedikit pun ugah dengan “sambutan mesra” golongan menggelarkan diri mereka mahasiswa petang semalam yang mendesak beliau meletak jawatan apabila pagi ini beliau meneruskan tugas dan tanggungjawab ke luar negeri pagi ini.

Ternyata pekikkan mendesak beliau meletak jawatan kerana tidak senang dengan pelantikan beliau sebagai Presiden UIAM tidak sedikit pun menganggu jadualnya.

Kekuatan jiwa Maszlee bukan kerana dia dapat berkerja seperti biasa tanpa terganggu dengan aksi petang semalam, tetapi kesanggupan dia berdiri mendengar laungan mendesak beliau berundur, itulah keunggulannya. 

Apa dilakukan Maszle petang semalam bagi saya satu contoh keterbukaan kerajaan Harapan hari ini. 

Seorang menteri sedia turun berjumpa pelanggannya di mana sahaja dan sedia menghadapi apa sahaja kemungkinan hatta penginaan.

Walhal jika dikira apa yang sepatutnya, pelanggannya itu datang ke pejabatnya berjumpa secara baik dan berbincang dalam dewan lebih selesa siap dengan airkon, tidak dipilih di tepi jalan begitu.

Sebagai golongan yang dianggap intelek, seharusnya golongan itu lebih beradat dan menunjukkan wibawa mereka.

Zaman mahasiswa berdemostrasi, mendesak sesuatu keinginan mereka dengan plakad dan sebagainya sudah berakhir.

 Ini Malaysia baharu bukan seperti kerajaan dahulu. Kerajaan dahulu liat untuk berbincang sebab itu mahasiswa mengambil sikap agresif dengan berdemo dan bertepik di tepi-tepi jalan.

Mahasiswa harus bergerak bersama kerajaan demi membina negara dan membentuk keharmonian massa.

Apa pun syabas kepada Dr Maszlee kerana melakukan sesuatu yang menunjukkan beliau bersedia untuk menjadi seorang bapak, prihatin, bertolak ansur dan pastinyta tegas. Kepada menteri-menteri lain jika berada situasi sama seperti ditempuhi Menteri Pelajaran itu, contohilah Dr Maszlee. Trim

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.