Mohamad: Jangan berbalah sampai 'bercerai'
Parti komponen dalam Pakatan
Harapan (HARAPAN) diingat supaya tidak berbalah sesama sendiri sehingga
menimbulkan pelbagai masalah seperti perpecahan dan ‘perceraian’, kata
Mohamad Sabu.
Timbalan Presiden HARAPAN itu berkata setiap parti mempunyai pandangan serta pendapat berbeza, namun perkara berkenaan tidak seharusnya menjadi punca ‘perceraian’ antara mereka.
Beliau menarik perhatian bahawa faktor utama kemenangan HARAPAN dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lepas adalah disebabkan gabungan antara PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
“Kalau tambah parti lain, tidak mengapa tetapi jangan (berbeza pendapat) hingga kita semua bercerai.
“PAS pun tahu gabungan ini penting sebab itu sekarang mereka bergabung dengan Umno," katanya ketika berucap pada ceramah pilihan raya kecil Seri Setia di Shah Alam malam tadi.
Dalam perkembangan lain, Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata pelantikan seorang anggota pembangkang sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) merupakan perubahan besar dilaksanakan kerajaan dalam usaha mengubah cara pentadbiran negara.
“Jika kami tidak betul, pembangkang yang akan dedahkan,” katanya yang juga presiden AMANAH.
- Bernama

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.