Raikan kritikan, kata timbalan menteri
Boleh terus mengkritik - itu yang dibayangkan oleh Timbalan Menteri
di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin terhadap perkembangan semasa di
negara ini.
Kata Hanipa ia juga tidak sepatutnya dihalang atau dianggap satu beban kepada parti yang memerintah negara.
Dalam satu kenyataan ringkas pagi ini Hanipa yang juga anggota pimpinan pusat Parti Amanah Negara (AMANAH) menjelaskan sesuatu kritikan wajar diraikan oleh sesebuah kerajaan.
"Maaf, saya tidak menganggap kritikan tajam terhadap peguam negara sebagai suatu liabiliti kepada Pakatan Harapan," katanya.
Kenyataan Hanipa dibuat sehari selepas Peguam Negara memutuskan untuk menggugurkan dakwaan rasuah ke atas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan seorang ahli perniagaan Phang Li Koon.
Kes ini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah ekoran jual beli sebuah banglo - di bawah harga pasaran - di Jalan Pinhorn, George Town, Pulau Pinang.
Kes itu juga dikaitkan dengan penukaran status sebidang tanah pertanian kepada perumahan di negeri tersebut.
Ia menjadi lebih 'panas' apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan mengeluarkan kenyataan "amat terkejut" dengan keputusan hakim membebaskan kedua-dua tertuduh.
Kata SPRM keputusan menarik balik pendakwaan ke atas Lim dan Phang dibuat oleh Pejabat Peguam Negara bukannya agensi antirasuah terbabit.
Untuk rekod pendakwaan berkenaan dijalankan ketika Putrajaya masih dikuasai BN dan Lim berkhidmat sebagai ketua menteri Pulau Pinang.
penukaran status tanah daripada zon tanah kepada zon perumahan dan pembelian sebuah banglo bawah harga pasaran
Kata Hanipa, tidak seperti sesetengah orang beliau berpendapat kritikan yang dibuat terhadap kerajaan perlu dianggap sebagai suatu aset.
"Ia juga menunjukkan bahawa demokrasi sedang berjalan di negara ini," katanya.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.