PAS Kedah kehilangan mutiara berharga
PAS Kedah melahirkan
rasa dukacita atas pemergian Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah, Tuan Guru
Haji Mohd Rejab Md Akhir dan merasakan kehilangan sebutir mutiara yang
amat berharga.
Allahyarham Tuan Guru Hj Mohd Rejab
bukan sahaja ilmuan Islam malah beliau juga penggerak kepada institusi
pondok dan dilantik menjadi Pengerusi Majlis Guru Pondok Kedah (HESA) di
samping mengepalai Dewan Ulamak PAS Kedah hampir dua penggal.
Semasa hayatnya sumbangan beliau kepada
perjuangan Islam dan komited bersama PAS sangat tinggi terutama
menyampaikan dakwah kepada masyarakat.
Oleh itu, PAS Kedah merakamkan ucapan takziah kepada isteri dan ahli keluarganya dan semoga mereka bersabar dengan ujian ini.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh-roh para salihin.
Pesuruhjaya PAS Kedah





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.