PAS pilih pendekatan damai
KUALA NERUS: PAS memilih pendekatan muwajahah silmiyyah mengikut konsep demokrasi walaupun ada ketempangan dan kelemahannya.
Ternyata pendekatan yang dilakukan oleh
kalangan yang gopoh dan kononnya tinggi semangat, mencetuskan konflik
dalaman sehingga mengundang campur tangan musuh yang sentiasa menunggu
peluang daripada setiap penjuru.
Presiden PAS< Dato’ Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang berkata, kini menunjukkan PAS teguh dan semakin kuat,
bukan hanya mengikut perhitungan PRU, tetapi lebih daripada itu.
Inilah hakikat firman Allah dalam Surah
Ibrahim ayat 24-27 yang bermaksud: “Tidakkah Engkau melihat (Wahai
Muhammad S.A.W) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu:
kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang
pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang
ke langit. (24) Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin
Tuhannya.
"Dan Allah mengemukakan
perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat
(mendapat pelajaran). (25) Dan bandingan kalimah yang jahat dan buruk
samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut
akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.
"(26) Allah menetapkan (pendirian)
orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan
dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim
(kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang
dikehendaki-Nya)," ujar Tuan Guru lagi.
Jelasnya, para ulama tafsir menegaskan
bahawa kalimah yang baik itu ialah kalimah tauhid yang menolak syirik
dan segala bentuk rupa dan pendekatannya.
Tambahnya, pokok itu ialah orang yang
beriman kepadanya, dan yang dalam akar umbinya ialah keimanan atau
akidah perjuangannya yang ditanam ke dalam hati sanubarinya dan sentiasa
berbuah ialah amal soleh yang diterjemahkan dalam kehidupan dan
perjuangannya bersama Islam.
"Kita menyaksikan kebenaran mukjizat
ilmu Al-Quran, betapa semua kumpulan yang melarikan diri daripada Jamaah
Islam yang asal, laksana ranting patah yang dipacak ke bumi, hanya
menghijau beberapa hari.
"Kemudian ia mati kering, daunnya gugur dan hancur lebur ditelan zaman, hanya menjadi tempat berteduh sementara waktu.
"Maka wala’ dan taat kepada kepimpinan parti selagi tidak melakukan maksiat adalah sangat penting.
"Ketaatan kepada Allah dan Rasul adalah
mutlak tidak berbelah bahagi, adapun ketaatan kepada pemimpin adalah
bersyarat kesetiaannya kepada Allah dan Rasul yang dibahasakan dalam
hukum tertinggi dalam Perlembagaan PAS yang haram dipinda,"tegas beliau.
Menurut Tuan Guru, lafaz baiah ‘aqabah
yang kedua memberi penekanan politik dan cabarannya sangat penting
sehingga membentuk kalangan Muhajirin dan Ansar.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.