Pengikut syiah ditahan akan didakwa
KOTA BHARU: Penularan fahaman syiah dapat dihalang di mana kerajaan negeri mengambil langkah proaktif bagi mengekang penyebarannya.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serata, Dato' Mohd Nassuruddin
Daud berkata, sesiapa yang melakukan kesalahan yang didapati
bertentangan dengan agama akan ditahan tanpa mengambilkira latar
belakang parti politik.
"Nak kata serius sangat itu tidaklah
cuma kita kena bendung dari awal, tetapi penyiasatan tetap dilakukan dan
mereka yang ditahan akan didakwa.
"Sebelum ini kita hanya mendengar
gerakan penganut syiah tetapi selagi kita tidak boleh buktikan, kita
tidak boleh mengambil tindakan," katanya
selepas merasmikan Seminar Bahaya Islam Liberal di Kelantan Trade Center (KTC) di sini semalam.
Turut hadir Penasihat Undang-undang
Negeri, Dato' Shahidani Abdul Aziz, Timbalan Speaker Dun Kelantan, Dato'
Abdul Fattah Mahmood dan Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru, Dato' Dr
Johari Mat.
Baru-baru ini seramai 50 pengikut syiah
ditahan di Jalan Sri Cemerlang bersama naskhah buku yang berkaitan
dengan mazhab terbabit.





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.