https://critoxium.com/shop/

Terkini

PRK Port Dickson: BN jangan letak calon


ALOR SETAR - Pemuda Umno Kedah mencadangkan agar BN tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson.

Ketua Penerangannya, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, tindakan itu bukan bermaksud BN mengangkat bendera putih sebelum berjuang, sebaliknya manifestasi bahawa BN tidak perlu melayan keegoan ahli politik yang rakus mengejar kuasa.

Menurutnya, PRK terbabit hanya membuang masa selain suatu pembaziran wang rakyat.

“Fasa baru permainan politik bermula apabila Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan bertanding di Parlimen Port Dickson. Ini merupakan PRK keempat selepas PRU14, setelah kita mengharungi tiga PRK di Selangor,” katanya.

Syed Mohd Johan Rizal berkata, namun PRK kali ini berbeza berbanding tiga PRK lalu, di mana PRK Port Dickson diadakan susulan Ahli Parlimen PKR meletak jawatan bagi memberi laluan kepada ketuanya bertanding.

“Ia berbeza berbanding tiga PRK lalu, yang menyaksikan wakil rakyatnya meninggal dunia. Daripada membuang masa dan membazirkan wang rakyat akibat 'politiking' tidak berkesudahan dalam parti itu, lebih baik Umno yang merupakan teras BN, tumpu perhatian kepada proses pengukuhan parti dan Perhimpunan Agung Umno hujung bulan ini,” katanya.

Menurutnya, biarkan sahaja Anwar menang percuma atau kemungkinan berdepan pertandingan dari calon parti lain, untuk memudahkan impian lama beliau menjadi perdana menteri.

“Tambahan pula, kemenangan atau kekalahan Anwar tidak akan beri sebarang impak kepada pembangkang, jadi biarkan sahaja. Kita di pihak pembangkang jangan fokus sangat hal ehwal PKR itu,” katanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.