Realisasi Terengganu model ‘Negeri Idaman’
MUKTAMAR PAS Malaysia
dan dewan-dewan telah melabuhkan tirainya petang kelmarin dengan 10
arahan Presiden yang menuntut kita sebagai pimpinan dan ahli PAS
melaksanakan di semua peringkat seluruh negara.
Cabaran untuk kita Terengganu khasnya
untuk merealisasikan hasrat Presiden PAS untuk menjadikan Terengganu
model “Negeri Idaman”. Bagi pihak Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu
(DMPNT), saya menaruh keyakinan yang besar khasnya kepada muslimat
mujahidah Terengganu yang terkenal dengan semangat kental dengan jiwa
pejuang untuk kita sama-sama bergerak seiring sejalan, satu hati satu
ukhuwwah, berusaha dan bekerja untuk menjadikan ianya satu kenyataan
bukan khayalan, insya Allah.
Marilah semua kita menyahut seruan
kepimpinan tertinggi dengan kita berazam dan bertekad untuk
menjayakannya. Mari kita rapatkan sof, taat dan thiqah yang tidak
berbelah bagi serta sentiasa mendambakan pertolongan Allah SWT.
Bagi pihak DMPNT, saya memohon jutaan
kemaafan di atas segala kekurangan dan kelemahan yang ada dalam kita
melaksanakan perkampungan Muktamar PAS ini.
'ISLAM MEMIMPIN'
Hajah Zarani Othman Ketua DMPNT
17 September 2018
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.