https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kesimpulannya ,Pas Tidak Akan Bergabung Dengan Umno



Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) PAS membuka ruang kerjasama dengan mana-mana parti termasuk UMNO. PAS hanya mahu trigger orang-orang yang mahu jadi baik yang ada dalam UMNO. Maka yang baik-baik dan yang berpotensi jadi baik, akan cenderung untuk bekerjasama dengan PAS.

2) Alkisahnya, dalam UMNO juga ada orang-orang yang tidak mahu jadi baik dan mahu terus UMNO bermusuhan dengan PAS, tidak rela bergabung dengan PAS. Golongan ini juga ramai dalam UMNO. Malah mereka ini boleh memudaratkan imej PAS jika PAS bergabung dengan UMNO.

3) Manakala pihak PH pula mahu lihat PAS bergabung dengan UMNO, untuk memperlihatkan kempen persepsi mereka selama ini menjadi kenyataan. Sekaligus memudahkan mereka membaham PAS dengan serangan TKO.

4) Zaman sekarang adalah zaman PH menang besar. Mereka takkan takut pun kepada gabungan PAS dan UMNO. PH bukan meroyan ketakutan kepada gabungan PAS dan UMNO. Mereka hanya meroyan sebab nak sangat kata "Haaa kan aku dah kata!".

5) Kenyataan PAS tidak akan bergabung dengan UMNO sedikit mengecewakan. Tetapi not totally kecewa, sebab PAS masih mahu bekerjasama dengan UMNO. Masih ada peluru untuk itu.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.