Pendekatan kepada luar adakala tersirat
KUALA NERUS:
Pendekatan lemah lembut dan mengutamakan perdamaian amat penting
dilaksanakan ketika berhadapan dengan musuh serta dalam hubungan
antarabangsa.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang menyatakan demikian dalam Ucapan Penangguhan pada
Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini
hari ini.
Beliau bersandarkan hikmah disebalik
kisah Nabi Musa dan Nabi Harun yang diperintahkan berdakwah kepada
Firaun serta peristiwa permeteraian Perjanjian Hudaibiyah.
Jelas beliau, pendekatan tersebut
merupakan politik matang dan sejahtera yang diamalkan para Nabi hingga
mengubah kecenderungan dan menjinakkan hati musuh kepada Islam.
Melanjutkan cerita, Perjanjian
Hudaibiyah itu telah ditanggapi sebagai berat sebelah oleh para Sahabat
R.A sedangkan mereka dalam berpakaian ihram dan menyangka Uthman
al-Affan telah dibunuh.
Terang beliau, Nabi S.A.W sendiri
mengimlak Ali K.W untuk menulis kandungan perjanjian tersebut, sehingga
ketidakpuasan hati para Sahabat menyebabkan mereka mengabaikan seruan
bertahallul.
Bagaimanapun jelas Tuan Guru,
Perjanjian Hudaibiyah menunjukkan ada yang tersirat, bukan tersurat
iaitulah pengiktirafan Madinah sebagai sebuah negara sah.
Juga katanya, kerana mengadakan
perundingan untuk mewujudkan perdamaian di mana tidak ada ketegangan
menyebabkan banyak orang menerima Islam.
Tetapi mereka ujarnya, tidak setia
dengan janji yang menjadikan peluang kepada kaum Muslimin menawan Makkah
bermaksud mendapat simpati orang ramai.
"Akhirnya benar Perjanjian Hudaibiyyah
yang tersirat ini. Betul sebagaimana yang tersirat itu. Menyebabkan
pembukaan Makkah. Dan orang masuk Islam berlipat kali ganda selepas
perjanjian Hudaibiyyah.
"Peristiwa Hudaibiyyah aspek taat dan
wala’ kesetiaan kepada para pemimpin oleh para Sahabat walaupun tidak
memahami perkara tersirat yang dirahsiakan.
"Mereka tak korek, nak tahu juga apa
rahsianya. Kalau tak tahu rahsia, tak mahu ikut. Ataupun pergi intip
Nabi, takut Nabi memakan dedak juga. Intip Nabi, takut makan dedak, ikut
perjanjian ini. Pergi intip.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.