Selepas 100 hari, seni budaya terus dipinggirkan?
Oleh Dinsman
Sempena 100 hari Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran Kerajaan Malaysia, dua minggu lalu, riuhlah orang melihat dan menilai prestasi kerajaan baru pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, dari pelbagai sudut dan dalam pelbagai bidang, tetapi tidak dari sudut dan dalam bidang seni-budaya, kecuali di kalangan beberapa kumpulan kecil budayawan dan intelektual.
Itu tidaklah mengejutkan. Kerana masyarakat kita terutama di kalangan pimpinan politik, ekonomi dan kemasyarakatan, bahkan juga pendidikan, sememangnya kesedaran seni-budaya mereka masih di tahap yang terlalu rendah, kalaupun ada. Makanya, kita juga dapati sebahagian besar masyarakat kita kini mengalami krisis jatidiri.
Memikirkan hal itu, kami kumpulan Seniman Paksi Rakyat (Paksi) terpanggil untuk menganjurkan satu pertemuan khas seniman-budayawan-intelektual yang kita namakan “Pertemuan Seni-Budaya 100 Hari Malaysia Baharu”, pada Khamis 13 September, bertempat di Institut Darul Ehsan (IDE), Shah Alam.
Saya uar-uarkan cadangan ini di fesbuk pada 29 Ogos: “Para seniman dan budayawan Malaysia. Jom kita buat ‘Perjumpaan Seni-Budaya 100 Hari Malaysia Baru’. Kita bincang hal-hal positif-negatif seni dan budaya Malaysia hari ini dan apa tindakan kita. Jommm!”
Cadangan disambut positif
Alhamdulillah, ramai yang menyambut positif cadangan Paksi itu, bertanyakan bila dan di mana ia akan dibuat. Ada yang menawar diri untuk membantu penyelenggaraan pertemuan, dan ada yang menawar diri untuk berbicara.
Melihat sambutan yang menggalakkan, saya dan Nasser bertemu Bahrin di Institut Darul Ehsan (IDE), berbincang kerjasama menganjurkan program ini. Pihak IDE bersetuju. Hari Ahad berikutnya, 2 Ogos, kami pun keluarkan poster mengumumkan pertemuan ini. Tarikhnya 13 September (Khamis), bertempat di IDE, Shah Alam.
Ada yang bertanya kenapa ia dibuat di IDE dan kenapa tidak di DBP atau di tempat yang dicadangkan oleh seseorang yang menawarkan bantuan. Jawapannya, mudah saja. Kerana Paksi memang selalu bekerjasama dengan IDE menganjurkan pelbagai program seni-budaya; dan IDE selalu memudahkan urusan penyelenggaraan program-program Paksi. (Terima kasih IDE!).
Ya, apa pun, yang pentingnya ialah pertemuan itu – di kalangan seniman-budayawan-intelektual. Ada juga orang menawarkan untuk membawa seorang menteri ke pertemuan ini. Kami jelaskan bahawa pertemuan dengan menteri itu biarlah dibuat di waktu lain yang lebih sesuai. Pertemuan yang ini biarlah berlaku di kalangan kita-kita sahaja dulu.
Tidak peduli seni-budaya
Secara jujurnya, pada pemerhatian saya setakat ini, setelah 100 hari dan dua minggu berlalu, kerajaan PH adalah kerajaan yang tidak pedulikan seni-budaya. Saya ada banyak sebab dan bukti mengapa saya berpendapat demikian, walaupun ramai di kalangan pimpinan PH yang menjawat jawatan menteri dan timbalan menteri sekarang adalah kenalan-kenalan saya, terutama kenalan di musim Reformasi dulu.
Tetapi itu pandangan saya saja, sebagai orang yang terlalu mengharapkan kepedulian pihak kerajaan terhadap seni-budaya, hingga saya beberapa kali menyebut bahawa secara mudahnya apa yang saya harapkan ialah kerajaan meningkatkan peruntukan kepada seni-budaya sebanyak sepuluh kali ganda daripada peruntukan yang diberikan sekarang.
Kepedulian pihak kerajaan terhadap seni-budaya sememangnya trsangat rendah. Bukan sahaja kerajaan PH sekarang; kerajaan Umno-BN dulu pun sama saja. Saya katakan kita perlukan bajet seni-budaya sepuluh kali ganda itu adalah berdasarkan bajet kerajaan Umno-BN, kerana kita belum tahu lagi bajet kerajaan PH untuk seni-budaya.
Tetapi melihat kepada ketidakpedulian mereka terhadap agenda seni-budaya sejak mereka mengambil alih teraju pentadbiran Malaysia pada 10 Mei lalu, kita tidak boleh mengharapkan sesuatu yang lebih daripada apa yang pernah diperuntukkan oleh kerajaan Umno-BN dulu.
Itu pandangan sayalah. Mungkin pandangan Mansur Putih berbeza, pandangan Uthaya Sankar SB berbeza, pandangan Dr Mohammad Alinor, Prof Siti Zainon Ismail, Prof Shaharir Mohd Zain, Hasni Abas, Umar Uzair berbeza. Pandangan kaki sakat Mohamed Nasser Mohamed dan Dr Ayudez Zuraina juga mungkin berbeza, walaupun sama-sama dalam kumpulan Paksi.
Kita mera’ikan pandangan dan fikiran yang berbeza. Skop perbincangan kita pun dibuka seluas-luasnya, selagi diizinkan oleh waktu antara 2.30 hingga 5.30 petang. Dan kita berbincang dengan pendekatan yang terarah kepada perkara-perkara yang boleh kita lakukan. Bukan perbincangan yang konseptual dan filosofikal untuk kepentingan ilmu semata-mata.
Bukan untuk luah marah
Dan bukan juga perbincangan yang bertujuan untuk meluahkan rasa marah dan benci kepada pihak pimpinan PH, melainkan kemarahan dan kebencian yang disertai cadangan-cadangan untuk sama-sama kita melaksanakannya, dengan cara-cara atau kaedah-kaedah tertentu.
Bukankah kerajaan PH awal-awal lagi telah melantik Majlis Penasihat Kerajaan atau ‘Council of Eminent Persons’ seramai lima orang yang terdiri daripada tokoh-tokoh ekonomi dan korporat, diketuai Tun Daim Zainuddin, dan baru-baru ini dilantik pula Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri. Tetapi tidak ada ada-apa pun dalam hal seni-budaya.
Padahal kerosakan teruk yang berlaku terhadap atau dalaman kerajaan Malaysia pimpinan Najib itu adalah berpunca daripada faktor akhlak dan budaya masyarakat kita. Mengikut pandangan sayalah!
Maka di samping ikhtiar untuk memulihkan ekonomi dan kewangan negara, ikhtiar untuk memulihkan akhlak dan budaya masyarakat juga hendaklah diutamakan.
“Pertemuan Seni-Budaya 100 Hari Malaysia Baharu” ini adalah langkah pertama diambil oleh Paksi (sebuah NGO seni-budaya) setelah ramai kawan-kawan ‘reformasi’nya telah menjawat jawatan-jawatan menteri dan timabalan menteri (juga Timbalan Perdana Menteri) dalam kerajaan Malaysia Baharu, sekarang.
Siri dialog bersama menteri
Langkah pertama ini akan disusuli pula dengan langkah-langkah kedua, ketiga dan seterusnya lagi selepas ini. Misalnya, Paksi juga sedang membuat persiapan untuk memulakan siri “Dialog Budaya Paksi bersama Menteri” tidak lama lagi. Dialog ini juga akan dibuat di IDE dan dengan kerjasama IDE.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Sdr Anuar Tahir, juga bekerjasama dengan Paksi bagi menjayakan siri Dialog Budaya dengan menteri. Anuar telahpun mendapat persetujuan daripada Menteri Pertanian, Salahuddin Ayob, menjadi menteri yang pertama menjayakan dialog ini.
Selain itu Paksi juga akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, pada Jumaat 14 September ini, di pejabatnya di Melaka, juga untuk perbincangan seni-budaya. Insya Allah, dan semoga diizinkan-Nya. Aamiin!

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.