Ahmad Maslan yakin PH tumbang, kerajaan 'pincang dan zalim'
KUALA LUMPUR, 25 Okt ― Datuk Seri Ahmad Maslan percaya kerajaan
Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwanya
“zalim” akan tumbang bila tiba saatnya.
“Saya yakin kerajaan ini akan ditumbangkan oleh rakyat kerana sudah jelas segala kepincangan dan kezaliman yang berlaku sejak mereka memperolehi mandat mentadbir negara,” katanya.
Ahli majlis tertinggi Umno itu mengulas pendakwaan terhadap pemimpin parti itu, termasuk presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dianggap tindakan “tidak adil”.
“Orang-orang dia [PH], seorang demi seorang dilepaskan, orang-orang kita seorang demi seorang diheret ke mahkamah. Adakah itu adil?” katanya kepada Umno Online.
Minggu lalu, Zahid dihadapkan dengan 45 pertuduhan pecah amanah, menerima rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM114 juta.
Ahmad, ahli parlimen Pontian, menyeru ahli partinya agar terus berjuang berdepan kerajaan yang “zalim” yang “berselindung sebalik prinsip kedaulatan undang-undang.”
“Kalau Datuk Zahid tumbang, kita ada ramai lagi di belakang beliau
yang akan terus berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air,” tegasnya.
Sebelum itu, bekas presiden Umno Datuk Seri Najib Razak didakwa dengan pelbagai pertuduhan di mahkamah, antaranya melibatkan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hari ini, beliau dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dihadap dengan enam tuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion.
“Saya yakin kerajaan ini akan ditumbangkan oleh rakyat kerana sudah jelas segala kepincangan dan kezaliman yang berlaku sejak mereka memperolehi mandat mentadbir negara,” katanya.
Ahli majlis tertinggi Umno itu mengulas pendakwaan terhadap pemimpin parti itu, termasuk presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dianggap tindakan “tidak adil”.
“Orang-orang dia [PH], seorang demi seorang dilepaskan, orang-orang kita seorang demi seorang diheret ke mahkamah. Adakah itu adil?” katanya kepada Umno Online.
Minggu lalu, Zahid dihadapkan dengan 45 pertuduhan pecah amanah, menerima rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM114 juta.
Ahmad, ahli parlimen Pontian, menyeru ahli partinya agar terus berjuang berdepan kerajaan yang “zalim” yang “berselindung sebalik prinsip kedaulatan undang-undang.”
Sebelum itu, bekas presiden Umno Datuk Seri Najib Razak didakwa dengan pelbagai pertuduhan di mahkamah, antaranya melibatkan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hari ini, beliau dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dihadap dengan enam tuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.