Kalau kita tak mula langkah ini,ghuyub negara ini....
Oleh Ridzwan Abu Bakar
Kita tak tau macamana nak jadi masa depan kita, tapi kita tak dak pilihan melainkan kita kena mulakan langkah awal untuk masa depan negara kita .... La ni mungkin kita akan kena kutuk, kena maki, kena pulau dan macam² lagi, tapi kalau kerana tu kita tak mula langkah ni ghuyub negara ni kalau UMNO terus perintah , Pas pula dok makin papan jungkit dengan UMNO" kurang lebih itulah yang saya katakan antara 'yakin' dengan 'tidak' kepada Saudara Faiz Fadzil seusai mesyuarat AJK Pemuda GHB (yang lepas tu jadi Amanah ) Nasional tiga tahun lepas di Bandar Baru Bangi .
Saya balik dari Bangi dengan tanggungjawab untuk membentuk Pemuda GHB Kedah, 'kelam' otak dok cari 'siapalah yang sanggup' bersama dengan sayap Pemuda GHB yang entah ada masa depan atau tidak !. Dalam masa 3 hari, alhamdulillah rupanya ada yang 'sudi' mempertaruhkan masa 'depan' politik peribadi demi masa 'depan' negara yang tercinta .
Pemuda GHB bertatih sehingga terbentuk Parti Amanah dan Pemuda Amanah Kedah. Saya bersama Pemuda Amanah menjadi 'pengasas' Pemuda Amanah Kedah dengan 'perasaan' antara 'yakin' dan 'tidak' tentang masa depan Parti Amanah , namun yang menguatkan semangat ketika itu adalah 'masa depan' negara perlu dibaiki dan dipertahankan .
Malam ini, Pemuda Amanah Kedah akan berkonvensyen bagi kali ketiga, 'masa depan' negara telah diselamatkan oleh mereka yang menggadai 'masa depan' politik mereka !
Selamat berkonvensyen Adik² Pemuda Amanah Kedah, semoga 'masa depan' negara dan 'masa depan' politik pemuda Amanah Kedah akan terus dan sentiasa cemerlang
Bekas Ketua Pemuda Amanah Kedah
(1 Sept - 21 Sept 2015) no ahli 331

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.