Apabila Tok Pa lompat parti
Oleh Zin Mahmud
Penyertaan Datuk Seri Mustapa Mohamed ke dalam PPBM menggembirakan sebahagian daripada penyokong Pakatan Harapan (PH) kerana ia bukan saja menambahkan kekuatan gabungan itu dalam Dewan Rakyat tetapi sebagai tokoh yang dianggap berwibawa, tindakannya merupakan tamparan politik terhadap Umno.
Namun, langkah beliau itu tidak disambut baik semua pihak dalam PH. PKR dan Amanah tidak menunjukkan reaksi negatif tetapi DAP menolak tindakan wakil rakyat melompat parti sebagai sesuatu tindakan tidak berprinsip.
Sebelum ini PH ada membuat keputusan bahawa bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) tidak dibenarkan diterima oleh mana-mana parti komponen. Tetapi tindakan PPBM menerima Mustapa boleh dilihat sebagai pelanggaran persetujuan itu. Pastinya ia menjejaskan wibawa parti itu pada mata pendokong PH.
BN tentunya tidak suka dengan tindakan Mustapa itu. Begitu juga PAS
yang pastinya tidak mahukan PH bertambah kekuatannya, lebih-lebih lagi
di Kelantan.
Sesiapapun mempunyai hak kebebasan untuk meninggalkan mana-mana parti yang ia anggotai dan menyertai pihak lain. Tetapi adalah hak parti baharunya untuk menerimanya atau tidak.
Apa yang menjadi isu terhadap melompat parti adalah apabila ia membabitkan wakil rakyat, sama ada ahli Parlimen atau Adun.
Rakyat memilih wakilnya bukan atas sebab dirinya semata-matanya tetapi juga kerana parti politiknya. Bukan saja itu, rakyat juga memilih gabungan yang disertai oleh parti berkenaan. Tetapi apa yang disebut sebagai rakyat pula, ia bermaksud pengundi terbanyak sesuatu kawasan.
Sebagai contoh, Mustapa yang dikenali sebagai Tok Pa menjadi ahli Parlimen Jeli kerana pengundi terbanyak kawasan itu menyokong beliau, Umno dan BN. Calon, parti dan gabungan itu tidak dapat dipisahkan dalam pilihan raya.
Maknanya Mustapa, Umno dan BN diberi mandat oleh pengundi Jeli untuk mewakili mereka. Bukan saja Mustapa tidak boleh meninggalkan Umno tetapi partinya juga tidak boleh keluar dari BN sehingga habis penggal. Inilah prinsip mandat rakyat dalam sistem demokrasi berparlimen.
Jadi bukan saja tindakan Mustapa keluar dari Umno tidak berprinsip, malah tindakan mana-mana parti komponen yang memenangi kawasan dalam pilihan raya lalu keluar dari BN juga merupakan langkah tidak berprinsip.
Nilai lompatan parti ini berbeza menurut ketokohan seseorang wakil rakyat. Mustapa sebagai bekas menteri BN tentunya bernilai tinggi berbanding mereka yang sebelumnya tidak memegang jawatan.
Nilai mereka juga bergantung pada kedudukan parti dalam dewan tertentu. Lompatan parti di dewan yang dimenangi secara tipis boleh menumbangkan kerajaan seperti yang pernah berlaku di Perak.
Bagaimanakah jika wakil rakyat berkenaan sudah berubah fikiran dan tidak sehaluan dengan partinya? Begitu juga jika parti tertentu juga sudah tidak bersetuju untuk bergabung kerana perubahan landskap politik.
Bagaimanakah cara wakil rakyat berkenaan hendak lompat parti tanpa mengkhianati mandat yang diberikan oleh kebanyakan pengundi di kawasannya?
Caranya adalah wakil rakyat itu wajar melepaskan kerusinya supaya pilihan raya baharu dapat diadakan. Begitu juga dengan parti yang hendak keluar daripada gabungan. Mereka perlu melepaskan kerusi yang mereka memenangi atas nama gabungan itu. Cara ini barulah menepati semangat demokrasi.
Secara idealnya, Mustapa patut bertanding semula di Jeli atas tiket PPBM mewakili PH. Barulah pengundi Jeli dapat menilai semula kedudukan beliau. Tetapi dalam politik, tidak ada keadaan ideal. Idealisme hanya milik anak muda yang naif politik.
Mengadakan pilihan raya kecil (PRK) kerana wakil rakyat lompat adalah tidak praktikal. Lagipun dari segi peraturan, mana-mana wakil rakyat yang meletak jawatan tidak boleh bertanding semula pada waktu terdekat.
Tetapi kalau landskap politik selepas keputusan PRU14 mengubah pendirian wakil rakyat yang menang terhadapnya, maka begitu juga pengundi.
Mustapa bersama dengan Umno sebelum ini antaranya kerana mungkin partinya melalui BN berkuasa di Putrajaya yang membolehkan beliau menjadi anggota kabinet. Tetapi kini BN tidak memerintah, maka wajar beliau berpindah ke PPBM.
Begitu juga pengundi. Sebahagian mereka mungkin mengundi Mustapa kerana beliau seorang menteri dan Umno menjadi Kerajaan Persekutuan. Apabila landskap politik berubah, maka penilaian mereka terhadap calon yang diundi juga tentu menjadi berbeza.
Namun, apabila Mustapa menyertai PPBM dan mempunyai peluang untuk menjadi menteri, maka pengundi beliau mungkin boleh menerimanya.
Namun, bagi pengundi di kawasan lain yang dari awal menyokong PH, penerimaan PPBM terhadap Mustapa adalah suatu perkara yang tidak adil.
Tetapi lompatan parti oleh wakil rakyat terdedah kepada politik wang dan korupsi. Jika lompatan parti itu melibatkan wang, maka ia sudah menjadi jual beli wakil rakyat, suatu yang jelas tidak beretika.
Lebih-lebih lagi keadaan politik dalaman PH sedang berada di ambang perubahan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dijanjikan. Tanpa Dr Mahathir, kedudukan PPBM menjadi bertambah kecil dengan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang menjalani rawatan.
Kedudukan kecil PPBM ini meningkatkan lagi tahap dominan PKR yang bukan saja mempunyai ahli paling banyak tetapi lebih-lebih lagi kerana adanya tokoh seperti Anwar.
DAP dan Amanah tidak terjejas dengan persaingan antara PKR dan PPBM. Sesiapa saja yang dominan, DAP dan Amanah tetap berada pada kedudukan serupa. Cumanya, dengan kedudukan sedia ada PPBM, Dr Mahathir memberi ruang besar pada DAP dan Amanah. Sesuatu yang sama mungkin tidak berlaku bila Anwar menjadi perdana menteri kelak.
Untuk menghadapi keadaan ini, PPBM perlu mengukuhkan dirinya. Caranya adalah menambah keahlian, terutama tokoh yang boleh menjadi pemimpin parti dan menyandang jawatan kerajaan. Dari mana sumber yang boleh PPBM perolehinya? Tentunya dari Umno kerana persamaan fahaman politik.
Tetapi apa yang membimbangkan penyokong PH adalah kalau-kalau proses ini akan menjadikan PPBM sebagai Umno 2.0.
Jika PPBM dominan, maka PH boleh menjadi BN 2.0. Lebih buruk lagi jika bekas ahli Umno yang menyertai PPBM selepas PRU14 akan membawa bersama nilai dan budaya buruk parti itu yang selama ini ditentang oleh aktivis PKR, DAP dan Amanah.
Namun begitu, penyokong PPBM sendiri tidak mahu parti mereka menjadi Umno 2.0. Tidak semua bekas ahli dan pemimpin Umno membawa nilai dan budaya negatif parti lama mereka.
Bagi mereka, Mustapa bukanlah pemimpin Umno yang biasa dan tipikal. Maka beliau wajar diterima oleh PPBM dan PH. Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang mengalu-alukan penyertaan Mustapa pernah sebelum ini mempelawa beliau menyertai partinya.
Wakil rakyat lompat parti tidak menjadi isu etika. Ia hanyalah isu politik. Bagi PKR, sejak projek 16 September 2008, lompat parti tidak menjadi isu.
Hanya DAP yang bimbang aspirasi Malaysia Baharu akan terjejas dengan lompatan parti oleh wakil rakyat. Ini kerana Malaysia Baharu seharusnya bebas daripada perbuatan tidak berertika seperti melompat parti.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.