https://critoxium.com/shop/

Terkini

Beri lesen judi, jual arak kepada Melayu, dangkal agama


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff mengkritik individu yang mencadangkan agar lesen pusat judi dan penjualan alkohol diberikan kepada Bumiputera sebagai dangkal terhadap kefahaman agama.

Walaupun tidak menyebut nama individu tersebut tetapi ia jelas ditujukan kepada bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang memuatnaik kenyataan itu di blog miliknya.

Menurut Siti Zailah, apa yang dinyatakan oleh Zaid itu seolah-olah hanya mahu rakyat berjaya dalam ekonomi semata-mata.

"Di mana nilai akidah dalam jiwa beliau," katanya, hari ini.

Zaid hari ini mencadangkan agar lesen pusat judi dan penjualan alkohol diberi kepada bumiputera agar dapat bersaing dengan kaum lain dari segi ekonomi.

Beliau mendakwa, salah satu faktor utama orang Melayu ketinggalan berbanding kaum lain dalam pelbagai bidang adalah disebabkan dasar bersifat diskriminasi yang diperkenalkan kerajaan.

Mengulas lanjut, Siti Zailah berkata, Zaid sebelum ini pernah menyaman kerajaan Kelantan kerana mahu melaksanakan hukum syariah.

"Kasino, arak, minuman beralkohol disokong pula sedangkan perlaksanaan hukum Islam dibenci," katanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.