https://critoxium.com/shop/

Terkini

Umno akan dipulihkan, kata Tok Mat


SEREMBAN - Dakwaan mengatakan bahawa Umno kini sudah tiada dan berfungsi hanya mempertahankan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah tidak berasas.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Umno waktu ini masih wujud, berfungsi dan bergerak sebagai parti politik terbesar di Malaysia.

Katanya, secara hakikatnya Umno masih mempunyai lebih ramai ahli, lebih ramai pengundi dan lebih banyak kerusi.

"Kecuali beberapa ahli parlimen Umno yang meninggalkan parti, dan itu pun tidak berlaku gerakan besar-besar meninggalkan Umno.

"Sekalipun saya akui Umno berada dalam keadaan yang lemah dan susut pengaruhnya, Perhimpunan Agung yang lepas telah mengambil keputusan untuk merawat, memulih dan membangunkan semula Umno sebagai gerakan kebaikan untuk bangsa Melayu dan Malaysia,"katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, walaupun diakui ada beberapa Umno sebelum ini yang melakukan perhitungan yang tersasar, janganlah pula jutaan orang Melayu yang bernaung di bawah Umno dihukum.

Katanya, mereka adalah ahli biasa, yang tinggal di seluruh pelusuk tanah air dan tidak melakukan sebarang kesalahan. 

"Insyallah, iltizam saya dan rakan-rakan ialah Umno itu akan kami pulih dan islahkan, aabila sampai garis masanya, insyallah Umno bukan sahaja akan terus berkelangsungan tetapi menjadi wadah yang lebih baik dan berwibawa," katanya.



Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa Umno sudah tidak ada dan dakwaan bahawa ia tidak memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara, melainkan hanya mempertahankan Dato Seri Najib Tun Razak.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.