Apabila parlimen dimaklumkan
bahawa kerajaan Kelantan sememangnya tidak mempunyai kemampuan untuk
membayar gaji kakitangannya (dengan maksud tanpa bantuan daripada
kerajaan pusat), maka ia adalah merupakan satu hakikat yang tidak
seharusnya dinafikan.
Kelantan semasa pembentangan belanjawan 2018 memperlihatkan wujudnya
perbelanjaan defisit sebanyak RM41.74 juta, sedangkan perbelanjaan
mengurus melibatkan RM738.44 juta berbanding perolehan hasil RM636.98
juta.
Tunggakan hutang kerajaan Kelantan kepada pusat - berdasarkan Laporan Audit 2013 - berjumlah RM247.16 juta.
Bagaimanapun sidang parlimen pada 15 Mac 2016 dimaklumkan bahawa jumlah hutang Kelantan kepada pusat berjumlah RM1.3 bilion.
Namun begitu, berdasarkan kenyataan akhbar menteri kewangan pada 8
September lalu, jumlah tunggakkan hutang kerajaan Kelantan yang
direkodkan sehingga 30 Jun ialah RM434.5 juta.
Berdasarkan keadaan ini, kemampuan dan keberkesanan kerajaan Kelantan
mengurus kewangan negeri adalah sesuatu yang boleh dipersoalkan.
Hal itu kerana ia melanggar prinsip keberkesanan kos dan prinsip pulangan berasaskan pelaburan (ROI).
Amat bergantung pada pusat
Realiti ini akan menyebabkan Kelantan terus berhempas-pulas untuk
keluar daripada kekangan perbelanjaan defisit untuk tahun-tahun yang
akan datang.
Hakikatnya kerajaan Kelantan tidak boleh membandingkan bantuan pusat
yang disalurkan kepada Kelantan sebagai usaha perlu untuk memenuhi
tanggungjawab terhadap kerajaan negeri secara madatori dengan meletakkan
penanda aras bahawa, negeri-negeri lain juga mendapat bantuan kewangan
yang sama daripada Putrajaya.
Realitinya, Kelantan harus menerima hakikat bahawa kedudukan kewangan
kerajaan negeri agak lemah sehinggakan mereka diberikan peruntukan
paling besar bagi Bantuan Kewangan Defisit dan Bantuan Kewangan
Pendahuluan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM913 juta.
Kenyataan daripada Kementerian Kewangan menyebut:
“Selain daripada pemberian yang biasa disalurkan oleh kerajaan
persekutuan adalah pemberian kepada negeri-negeri yang menghadapi
kekurangan wang dalam akaun mengurus (defisit). "Pemberian tersebut diberikan kepada kerajaan negeri yang
mengalami defisit yang mana hasil kerajaan negeri tidak mencukupi untuk
membiayai perbelanjaan mengurus seperti emolumen, sewa, utiliti dan
perbelanjaan operasi yang lain.
"Kerajaan Kelantan merupakan penerima Pemberian Defisit yang tertinggi antara semua negeri berjumlah RM 363 juta”.
Berdasarkan kedudukan kewangan Kelantan yang kurang dinamik serta
amat bergantung kepada bantuan persekutuan, ia mendedahkan realiti
pengurusan kewangan negeri itu kepada potensi krisis defisit secara
berpanjangan.
Hal ini disebabkan oleh pertumbuhan pendapatan yang amat lemah,
ditambah pula dengan strategi pelaburan kurang berkesan, mengakibatkan
prestasi kewangan mereka kehilangan pemacuan prestasi yang membawa
kepada situasi kehilangan nilai tambah ekonomi.
Apakah dengan wujudnya situasi ketiadaan keupayaan kewangan yang
berpotensi untuk berlaku secara berterusan memungkinkan Kelantan untuk
bertindak meneruskan pelaksanaan Projek Rangkaian Keret Api Pantai Timur
(ECRL) seperti disuarakan oleh anggota parlimen PAS di Dewan Rakyat?
Bagaimana pula dengan status kedudukan Lebuh Raya Rakyat yang
dilancar pada Mei 2012 dengan anggaran kos RM854 juta dan sepanjang 30.5
kilometer itu?
Mengikut Menteri Besar Kelantan lebuh raya tersebut akan siap
sepenuhnya pada Disember 2017. Adakah sebenarnya ia telah menjadi
kenyataan? DR KAMARUDIN MUSA ialah pensyarah Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Bolehkah Kelantan?
Reviewed by editorreformis
on
Oktober 24, 2018
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh N Faizal Ghazali Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan bahawa tiada sebarang tindakan tatatertib diambil terhadap Dr Nur...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.