https://critoxium.com/shop/

Terkini

'Kebebasan ada batasnya...'

Oleh Muhammad Shamsul Abd Ghani

SHAH ALAM - Media harus diberikan kebebasan untuk menulis mengenai salah laku sesuatu pihak, agensi, kerajaan mahupun parti politik.

Menurut Penolong Ketua Pengarang Utusan Datuk Zaini Hassan, namun apa yang ditulis itu mestilah dalam konteks yang benar dan betul.

"Sebelum ini ada kata tangan ghaib yang arah berita itu dan ini yang boleh dikeluarkan atau tidak, jadi itu ia menyekat kebebasan media kita bimbang berlaku kepada media arus perdana ia akan sebabkan orang ramai lari daripada media tersebut dan akan berpegang pada media sosial.

"Jadi jika ada maklumat yang benar tiada salah untuk kita dedahkan kepada umum," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian berhubung kenyatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai peranan media.

Dr Mahathir dalam program Bicara Minda Sinar Harian menegaskan kepentingan pemimpin berinteraksi dengan media.

Menurut beliau, media merupakan medium untuk kerajaan mengetahui pandangan rakyat.
Sementara itu ketika menyentuh mengenai kebebasan media, Zaini berkata 'kebebasan itu perlu ada batasnya'.

"Dalam konteks media arus perdana kebebasan bukan mutlak dalam konteks ada batas daripada aspek menjaga keselamatan negara, keharmonian antara kaum dan ragam beragama tidak ada usaha nak cetuskan rasa tak puas hati antara elemen tersebut," katanya.

Dalam pada itu menurut bekas Penolong Pengarang Berita Sinar Harian, Farush Khan Akbar Khan berkata, walaupun media ada kebebasan, ia perlu ditangani dengan cara penuh tanggungjawab supaya ia tidak mendatangkan mudarat kepada negara dan keselamatan awam.

Katanya, tidak boleh guna kebebasan hingga menjejaskan ketenteraman awam dan kepentingan negara.

"Boleh guna kebebasan untuk mencegah dan membenteras keburukan, termasuk rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa," katanya.










Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.