Fitnah: Kelantan tidak boleh bayar gaji
Oleh MUHAMED NORAZIHA ABDULLAH
KUALA LUMPUR: Kenyataan
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kononnya Kerajaan Negeri Kelantan tidak
mampu membayar gaji kakitangan adalah satu fitnah.
Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas)
berkata, Menteri Kewangan turut mengatakan bahawa Kelantan merupakan
penerima bantuan defisit tertinggi.
"Saya ingin ingatkan bahawa kenyataan Menteri Kewangan tersebut adalah satu fitnah yang sengaja direka-reka.
"Belum pernah dalam sejarah kerajaan
negeri Kelantan, penjawat awam tidak dapat dibayar gaji oleh pihak
kerajaan. Yang adanya ialah memo yang beredar daripada Majlis Daerah
Sabak Bernam mengenai penangguhan pembayaran gaji bulan Ogos 2018.
“Ini baru betul tidak mampu bayar gaji.
Pemain bola sepak Pulau Pinang lima bulan tertunggak gaji," katanya
ketika sesi perbahasan di Parlimen, hari ini.
Menurutnya, tidak pernah berlaku penjawat awam di Kelantan tidak dibayar gaji seperti yang didakwa oleh menteri tersebut.
"Maka kami sedih kenapa Menteri Kewangan
mengheret kenyataan-kenyataan seperti ini masuk ke dalam dewan yang
mulia ini," katanya.
Tegasnya, kerajaan Kelantan sentiasa
berhemat dalam perbelanjaan dan boleh dilihat dari segi prestasi ekonomi
negeri, peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Kelantan meningkat
sebanyak 1.3 peratus pada 2016 serta pada kadar 48 peratus berbanding
KDNK tahun 2015 sebanyak 3.5 peratus.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.