Premium, cukai Pusat RM275 juta
Oleh SALMAH MAT HUSAIN
KOTA BHARU: Kerajaan
Kelantan menjelaskan permohonan pendahuluan boleh dituntut yang diberi
kerajaan persekutuan bagi menampung keperluan aliran tunai di
negeri-negeri yang memerlukan.
Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, perkara itu merupakan amalan biasa dalam sistem persekutuan.
Katanya, pada hakikatnya hasil kerajaan
negeri daripada punca hasil tanah, hutan dan mineral sudah mencukupi
untuk menampung pembayaran emolument dan gaji kakitangan awam.
“Permohonan pendahuluan boleh dituntut
oleh kerajaan Kelantan mempunyai sandaran dan asasnya iaitu bayaran
premium dan cukai oleh kerajaan pusat berjumlah RM275 juta.
“Bayaran itu melibatkan premium Institut
Pendidikan Guru, premium Felda dan baki cukai tanah Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan
mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam
kenyataan semalam menyebut Kelantan menerima pemberian (geran) Kerajaan
Persekutuan sebanyak RM398 juta termasuk RM59.9 pemberian defisit kerana
kerajaan negeri itu tidak mempunyai hasil mencukupi untuk perbelanjaan
termasuk gaji kakitangan awam.
Di parlimen petang ini anggota parlimen
Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, adalah tidak adil bagi
menteri mengungkit bantuan kepada Kelantan sahaja.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.