https://critoxium.com/shop/

Terkini

Jangan jadikan tragedi modal politik

Oleh

BULAN lepas, tragedi menimpa penduduk di pulau Sulawesi, Indonesia. Gempa bumi berukuran 7.5 skala Richter telah melanda tidak jauh dari bandar Palu.

Gempa bumi disusuli pula dengan tsunami yang membadai Palu, menghanyutkan bangunan dan tempat tinggal di persisiran pantai bandar tersebut. Bagai jatuh ditimpa tangga, tsunami dan gempa bumi itu telah mengakibatkan fenomena alam yang dikenali sebagai ‘liquefaction’, di mana tanah menjadi seperti cecair.

Setakat ini, lebih daripada 2,000 orang telah disahkan mati; 10,679 orang cedera dan lebih kurang 1,000 orang hilang. Kira-kira 70,821 penduduk Palu dan pekan-pekan berdekatan terpaksa dipindahkan dan 70,000  rumah serta tempat tinggal musnah. Setakat ini, mereka yang masih hidup terpaksa tinggal di dalam khemah dan pusat penempatan sementara.

Dunia tidak membiarkan Indonesia menangani tragedi ini bersendirian. Pertolongan demi pertolongan diberikan, dalam pelbagai bentuk. Negara kita tidak ketinggalan, selain daripada individu-individu yang pergi ke sana untuk misi kemanusiaan dan juga sumbangan daripada orang ramai, negara juga menghantar anggota dan kelengkapan tentera, di samping bantuan kewangan.
Seperti biasa, kita menunjukkan bahawa nilai-nilai kemanusiaan kita adalah tinggi dengan membantu negara jiran ketika mereka memerlukan.

Tetapi tragedi di Palu ini sebenarnya bukan perkara yang begitu luar biasa, walaupun dengan kemusnahan sebegitu besar. Indonesia terletak di tengah-tengah Lingkaran Api Pasifik, antara zon gempa bumi yang paling aktif. Mengikut laporan, lebih kurang 81 peratus daripada gempa bumi paling kuat pernah dirasai terjadi di dalam lingkaran ini.

Kita sebenarnya amat bernasib baik, kerana negara kita terletak di luar lingkaran tersebut. Bumi bertuah ini amat jarang sekali merasai gempa bumi atau tsunami, maka kita punya tanggungjawab untuk menghulurkan bantuan sekiranya negara jiran dilanda musibah.

Malangnya, ada yang menggunakan tragedi ini sebagai modal politik. Mengikut penyata rasmi Dewan Rakyat, pada 24 Oktober lepas, Presiden Umno dan Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengaitkan tragedi di Palu dengan aktiviti Lesbian Gay Bisexual dan Transgender (LGBT).

“Mengikut data yang dikeluarkan oleh International LGBT Intersect Association melalui laporan State-Sponsored Homophobia pada April tahun ini, didapati bahawa 74 negara secara rasmi telah menolak LGBT ini dan kita lihat situasi di Malaysia turut mengkhuatirkan, di mana kita tahu kejadian di Palu baru-baru ini apabila ada gempa bumi dan tsunami dikhabarkan bahawa terdapat lebih daripada 1,000 dalam kalangan mereka yang terlibat dalam aktiviti yang berkenaan. Akibatnya seluruh kawasan itu diranapkan. Ini adalah hukuman ALLAH.”

Kenyataan seperti ini amat tidak sensitif dan tidak bertanggungjawab. Ia tidak patut dikeluarkan oleh mana-mana politikus sekalipun, apatah lagi seorang mantan Timbalan Perdana Menteri, seorang Ketua Pembangkang dan ahli politik veteran.

Adakah Ahmad Zahid sanggup pergi ke Palu, jumpa dengan mereka yang hilang anak, mak, bapa, suami, isteri, tempat tinggal, dan segalanya dan beritahu mereka bahawa musibah yang menimpa adalah hukuman ALLAH SWT ke atas mereka?

Siapakah kita untuk menen­tukan sama ada sesuatu itu hukuman atau balasan ALLAH SWT? Daripada mengeluarkan kata-kata seperti ini, bukankah lebih baik jika kita sampaikan simpati kita pada mereka di sana?

Politik adalah politik, tetapi kita jangan hilang kemanusiaan dan akal budi kita kerana politik. Jangan jadikan musibah orang lain, sebagai modal politik kit

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.