Memang indah dibuai mimpi 'ketuanan'...
Oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Apa yang bakal saya karangkan ini mungkin susah ditelan dan kemungkinan bakal menjemput kritikan dan cemuhan segelintir masyarakat, khususnya bangsa saya sendiri, bangsa Melayu.
Namun, sebagai seorang anak muda yang tidak ingin melihat masa depan anak bangsa dibuai mimpi palsu, saya bertanggungjawab untuk berkongsi rasa sebelum maruah nasib bangsa saya terhakis perlahan-lahan.
Di manakah "ketuanan" pada hari ini? Adakah Melayu betul-betul tuan di tanah air tercinta ini, atau adakah kita hanya sekadar tuan pada tanda nama, tetapi hakikatnya, semakin terpinggir dan diperhambakan tanpa sedar?
Mana perginya "ketuanan" apabila tujuh daripada sepuluh orang penagih dadah di Malaysia merupakan anak muda Melayu?
Mana perginya "ketuanan" apabila kontraktor-kontraktor Melayu sanggup berkiblatkan modal ali baba untuk makan untung atas angin?
Mana perginya "ketuanan" apabila individu Melayu hanya memiliki kurang daripada empat peratus kekayaan di pasaran saham negara?
Mana perginya "ketuanan" jika 9.8 juta orang Melayu mempunyai pelaburan ASB kurang daripada RM5 ribu, sedangkan 500 ribu orang Melayu lain mengumpul 63 peratus jumlah pelaburan ASB.
Mana perginya "ketuanan" apabila ramai anak muda Melayu memilih untuk merempit sampai ke lewat malam, sambil rakan-rakan bangsa lain gigih mengejar ilmu untuk melakar masa depan yang lebih cerah?
Tidak dinafikan, ada anak Melayu yang cemerlang namun masih ramai yang terkandas.
Mana perginya "ketuanan" apabila pemimpin Melayu yang dahulu disegani dan dihormati, kini dilihat terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa.
Lihat sahaja pada hari ini. Sejarah bakal berulang kerana kita suka mengambil jalan mudah dan pintas dan tidak berani keluar dari zon selesa.
Dari pekerja di kilang sampailah ke cef di restoran mewah, pekerja asing juga yang dicari, sambil bangsa kita masih menunggu dan mengharapkan tawaran kerja yang selesa berhawa dingin yang belum kunjung tiba.
Memang indah untuk kita dibuai mimpi "ketuanan", tetapi realitinya ternyata berbeza. Memang popular apabila kita laungkan "Hidup Melayu", tetapi laungan itu kosong apabila kembali berpijak di bumi yang nyata.
Sambil kita menjulang keris dengan bangganya, perlahan-lahan kita sedang menghunusnya ke hati kita sendiri tanpa kita sedari.
Saya tidak akan berhenti berjuang demi nasib anak bangsa tercinta. Saya dibesarkan dalam keluarga MARA dan dididik oleh ibu ayah yang tidak kenal erti penat lelah walaupun dihimpit kesusahan.
Saya nak pastikan generasi masa hadapan dapat menikmati pembangunan negara secara adil dan saksama. Bukan setakat retorik bahasa atau omong kosong tidak bermakna. Saya nak pastikan kualiti hidup mereka jauh lebih baik daripada kita pada hari ini.
Apabila saya sebut "Ketuanan Melayu" di dalam ucapan saya, sama sekali ianya tidak bermaksud menyentuh hak termaktub dalam perlembagaaan Malaysia tentang orang Melayu, Raja-raja Melayu ataupun agama Islam.
Sesiapa yang mendengar dan membaca ucapan tersebut dengan jelas akan tahu ia berkenaan ekonomi dan hala tuju masa depan orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
Nasib kita di tangan kita sendiri.
Tak perlu untuk ungkit "ketuanan" melalui slogan dan syarahan. Kita "tuan" kalau berani berubah, berani menghadapi risiko, menjalankan kerja dengan amanah dan sentiasa menguasai semua ilmu sampai tidak perlu bergantung kepada sesiapa pun lagi.
Saya ingin menutup karangan ini dengan memetik kata kata Tun Dr Mahathir Mohamad: "Ketika itu tanpa memanggil diri kita 'tuan', dunia akan iktiraf kita sebagai tuan yang sebenar"

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN adalah ketua pemuda BERSATU dan menteri belia dan sukan.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.