Umno hari ini nampaknya
semakin disimbah kecelaruan. Ada kelihatan isyarat bahawa pertubuhan
yang padu itu mula mengalami keretakan.
Retak itu pula seolah-olah menanti belah.
Pada
sisi lain Umno dilihat masih gah. Dengan keanggotaan yang berjuta orang
Umno parti yang disegani. Namun di bawah sedar jumlah itu tidak lebih
sekadar buih-buih dari gulungan ombak yang terdampar di pantai.
Dalam beberapa detik ia pecah satu per satu sebagai natijah kekalahan mereka pada pilihan raya umum (PRU) lalu.
Selepas
Datuk Seri Mustapa Mohamed membuat mengumuman menyertai Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (BERSATU) malam kelmarin, maka gegerlah Umno seantero
tanah air.
Ia bukan saja tidak dibayangkan oleh Umno, terutama di
Kelantan, malah langkah Tok Pa itu mungkin tidak pernah diigaukan oleh
sesiapa pun.
Namun apa yang terjadi pada parti itu kini seperti sedang pasrah menunggu kutukan hukum karma.
Langkah serba tak kena
Dari
Bukit Marak, ke Bukit Peraksi kemudian ke Bukit Panau penulis cuba
membaca gerak-gerak isyarat yang dihantar dari jauh. Sejauh Bagan Datuk
dan Sembrong.
Derap langkah di buka Tok Pa di Jeli seakan-akan bergema merentasi Banjaran Titiwangsa.
Ketika ini, Umno memang sedang kesulitan dan perlukan kebijaksanaan paling tepat untuk memastikan kelangsungan hayat politiknya.
Masalahnya ialah kadang-kadang kebijaksanaan itu menjadi serta tak kena.
Mahu ke kanan, salah. Mahu ke kiri, janggal. Memilih ke depan, segan. Ke belakang juga bimbang diketawakan.
Ketika
presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diselubungkan dengan lebih
40 tuduhan di mahkamah, timbul pula soseh-soseh yang menyuruhnya bercuti
seketika.
Dan
- biasalah - untuk menjadikan politik itu terus hidup, kemudian ada
pula teriak-teriak yang mahu anggota parlimen Bagan Datuk tersebut terus
istiqamah dengan jawatannya.
Isunya ialah: adakah Tok Pa yang terakhir.
Sifir politik Umno ialah, mereka tidak biasa kalah. Kalah bermakna "susah".
Justeru adakah gerak anggota parlimen Umno akan stabil sesudah Tok Pa?
Alkisah
isyarat yang dipancarkan di peringkat bawahan bukanlah begitu. Dalam
politik Umno yang masih tebal dengan tradisi 'payung-memayung' dan
penguasaan warlord kehilangan kuasa akan membawa kepada kesesakan nafas ramai orang.
Rehat atau tidak
Justeru kewujudan kem-kem yang ditambat pada pemimpin tertentu menjadi lebih menonjol dan mengundang spekulasi mendebarkan.
Ketika
diakui Ahmad Zahid memiliki kem sendiri, kelompok yang lain itu jangan
pula dinafikan kewujudannya. Ia bersifat dinamik - atau jika mahu
meminjam istilah PAS, mutaghayyirat.
Pada masa sama jangan
sesekali dilupa bahawa sebelum Ahmad Zahid menjadi Ahmad Zahid sekarang,
beliau pernah menjadi mulut kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sangat
naif untuk berfikir bahawa hanya Ahmad Zahid yang ada kumpulan dalam
Umno dan pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad adalah sifar.
Tok Pa menjadi bukti bahawa perdana menteri itu seorang "otai" yang masih berbisa.
Pada masa sama sepak terajang Pakatan Harapan masih penuh dengan intrig dan risiko.
Sehari
dua ini, kita lihat bagaimana Ahmad Zahid cuba direhatkan. Setakat ini
usaha itu gagal. Atau mungkin lebih daripada itu, ia bukan ditolak, cuma
suatu kejayaan yang tertangguh.
Faktor salah seorang bekas naib presiden Umno juga tidak boleh ditolak ketepi, iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Ada
cakap-cakap mendakwa lebih 20 anggota parlimen dan orang kuat Umno
sedang bersiap siaga melakukan penghijrahan dengan untuk bersama Dr
Mahathir.
Di Kelantan sendiri sekurang-kurangnya seorang anggota parlimen Umno disebut-sebut akan mengikuti jejak Tok Pa.
Sementara
itu, hasil intaian penulis didapati beberapa tokoh utama Umno
Terengganu pula bakal menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).
Dua
orang bekas pemimpin kanan kerajaan negeri dan seorang bekas calon
parlimen dari Umno bakal mengumumkan penyertaan mereka ke AMANAH tidak
lama lagi.
Pengumuman itu mungkin dibuat seawal 9 Nov ini semasa
majlis makan malam Pemuda AMANAH Terengganu. Dikhabarkan borang
permohonan ahli akan disambut Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Salahuddin
Ayub.
Ya, semua itu sekadar gosip. Cakap-cakap mengenainya
sekadar serkap jarang atau tembakan peluru penabur. Namun taranum yang
berlagu dalam siasah semasa tetap boleh dibaca lenggok hujung
pangkalnya.
Dan dalam politik khususnya situasi di Malaysia kini, tiada yang mustahil.
Ada
kemungkinan yang agak besar untuk kita menyaksikan acara pertandingan
larian tiba-tiba bertukar arah dan permuafakatan yang tidak dijangka.
Difahamkan memang ramai orang Umno akan mengikut jejak langkah Tok Pa terutama mereka yang mengagumi Dr Mahathir.
Justeru,
Umno kini berada di persimpangan. Jika mereka gagal menyediakan solusi
terbaik, parti itu akan kehilangan ramai pendukung yang selama ini
begitu komited memperjuangkan agenda parti.
Apa sesudah Umno tanpa Tok Pa?
Reviewed by editorreformis
on
Oktober 29, 2018
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
GUA MUSANG - Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sedia mempertimbangkan permintaan akar umbi supaya beliau menawar...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.