Silap besar dan sesat yang nyatalah untuk sesiapa yang
menganggap politik negara ini semudah mentafsir bidalan Abdul Hadi Awang
atau kepintaran Nazri Aziz.
Memanglah di permukaannya politik
Malaysia agak mudah dan polos. Di mata awam, ada sifir politik yang
lebih rumit dan mendebarkan berbanding Malaysia.
Nah, di situlah
titik permulaan kesilapan orang yang tidak mengetahui. Ketika hal ehwal
negara dilihat laksana lebuh raya yang lurus, siasah sebenar umpama
jalan-jalan kampung yang berselirat dan serba menduga.
Justeru
apabila anda mentertawakan Najib Razak yang kelihatan tenggelam punca
atau hilang sabar, saya sebenarnya mengagumi langkah strategik bekas
perdana menteri itu.
Pedulilah apa pun anda kata, namun di mata
saya Najib berjaya menempuhi sesi temu bual dengan Cik Mary Ann Jolley
dengan jayanya.
Pujian yang melangit juga wajar dirafakkan kepada pasukan pemikir, perencana dan pelaksana langkah politik kontemporari Najib.
Sebagaimana
lincah dan lihainya Najib mengutarakan pemikiran dan hujah di media
sosial, begitu jugalah kepintaran yang ditunjukkan beliau di depan
kamera Al Jazeera beberapa hari lalu.
Tanda sahabat sejati
Kerana
kepintaran Najib maka boleh dikatakan semua orang - terutama anggota
Umno - lupa kepada isu desakan bercuti kepada Ahmad Zahid Hamidi.
Justeru
itulah yang diperlukan oleh Umno, atau sekurang-kurangnya Ahmad Zahid,
Lokman Noor Adam dan ratusan ribu penyokong parti berkenaan.
Maka
satu daripada masalah Umno dapat diselesaikan dengan penuh bergaya oleh
salah seorang pemimpin teragung mereka. Najib namanya.
Mungkin ada
yang sudah terlupa bagaimana hubungan persahabatan di antara Najib dan
Ahmad Zahid sudah terbina sejak puluhan tahun silam.
Dan pada setahun silam - atau tepatnya 27 Okt 2017 - Najib sekali lagi menegaskan betapa bertuahnya beliau memiliki seorang sahabat sejati dari Bagan Datuk.
Ahmad Zahid namanya.
Gambar fail
Ketika
bekas timbalan perdana menteri itu didesak oleh orang yang ada di
sekelilingnya untuk bercuti, tidak ada orang yang lebih tepat tampil
untuk mempertahankan beliau kecuali Najib.
Jika ada pun orang yang
mungkin lebih sesuai membela Ahmad Zahid lebih gigih daripada Najib,
tentulah individu tersebut bernama Lokman.
Nak berharap kepada Jamal Md Yunos, ada sedikit risiko juga. Bimbang pada masa diperlukan beliau sukar dikesan pula.
Dan
di sebalik kecaman masyarakat kita jangan sesekali menolak kemungkinan
bahawa bakal pemimpin terhebat masa depan Umno - Lokman namanya -
mengadakan pakatan dengan Al Jazeera.
Justeru temu bual 101 East itu konon-kononnnya memerangkap Najib.
Jolley kena belajar lagi
Mana mungkin seorang pejuang rakyat sehebat Najib boleh tersasul dan tersilap langkah di depan Cik Jolley?
Najib bukan sekadar pejuang. Beliau ialah seorang panglima. Jika tidak cukup menggerunkan, beliau juga bertaraf pendekar.
Selain ada senjata yang berbisa beliau juga ada armada laut yang bersedia digerakkan menerjah badai tanpa mempedulikan sama ada sauh sudah dilabuh atau belum. Asalkan layar sudah dikembangkan, hanya ada satu kata: maju terus!
Sekali
lagi ditegaskan, susah untuk diterima akal Najib boleh tergelincir
kata-katanya di depan Cik Jolley. Siapa sangatlah wartawan asing yang
mewakili media asing itu berbanding pengarang-pengarang media Malaysia,
kan?
Wartawan Al Jazeera, Mary Ann Jolley
Secara jujur kita wajar mencari seseorang yang dapat menyampaikan pesanan kepada wartawan Al Jazeera itu supaya dia belajar lebih mendalam lagi bagaimana cara untuk berdepan dengan Najib.
Cik
Jolley wajib berguru dengan ketua-ketua pengarang akhbar negara
cara-cara untuk mengajukan soalan yang benar-benar mencabar Najib.
Setakat wartawan bernama Cik Jolley, ia umpama lebihan makanan di celah
gigi saja.
Kalau Al Jazeera mahu mengenakan orang lain, bolehlah.
Najib diwawancara dalam East 101
Mereka
mungkin berjaya memberi tekanan kepada pemimpin lain dalam dunia
seperti Donald Trump, Vladimir Putin malah Raja Salman di Saudi itu.
Namun mereka melakukan silap yang terlalu besar apabila menggunakan taktik yang sama ke atas Najib.
Apabila
beliau kemudiannya mengakui gagal mengawal perasaan semasa temu bual
itu berlangsung, sebenarnya tindakan tersebut mesti difahami dengan
betul.
Najib tidak mengaku salah, tetapi sekadar berbudi bahasa selayaknya orang Timur yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan.
Penegasan terbaik Najib kepada Al Jazeera itu dapat dilihat ketika beliau berkata: "Because as far as I am concerned, making lies, fabricating lies is not something we want to tolerate in this country."
Dan 'pukulan maut' terakhir untuk Najib menafikan perangkap Cik Jolley dan Al Jazeera itu ialah apabila beliau dengan penuh bergaya dan segak bangkit dari kerusinya dan berkata: "I'm going to walk out. No more... no more... I'm done."
Dalam konteks politik Malaysia, apakah maksud kenyataan Najib yang dilihat ramai sebagai 'mengelak' atau 'mengalah' itu?
Bagi
ahli politik aksi tersebut sebenarnya membawa mesej yang jelas lagi
terang dan menawan, bak permata disinari cahaya. Pernyataan itu wajib
difahami sebagai soalan padu daripada beliau, iaitu: "Anda rasa saya ada
masa untuk sakit kepala?"
Terkulainya Al Jazeera di tangan Pendekar Najib
Reviewed by editorreformis
on
Oktober 29, 2018
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
GUA MUSANG - Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sedia mempertimbangkan permintaan akar umbi supaya beliau menawar...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.