Kedudukan MB di sebuah negeri jadi tanda tanya?
Oleh Mohd Sayuti Omar
ADA angin spoi-spoi bahasa bertiup mengupek khabar akan belaku pertukaran Menteri Besar di sebuah negeri.
Jangkaan ini timbul ekoran sekurang-kurangnya tiga Adun di negeri berkenaan akan berubah haluan. Dengan perubahan itu menyebabkan kedudukan MB kini yang mendapat sokongan tipis terancam.
Insya-Allah saya akan mendedah perkhabaran ini lebih lanjut lagi. Tunggu. https://msomelayu.blogspot.com
ADA angin spoi-spoi bahasa bertiup mengupek khabar akan belaku pertukaran Menteri Besar di sebuah negeri.
Jangkaan ini timbul ekoran sekurang-kurangnya tiga Adun di negeri berkenaan akan berubah haluan. Dengan perubahan itu menyebabkan kedudukan MB kini yang mendapat sokongan tipis terancam.
Perbincangan mengenai perubahan Adun berkenaan masih belum dimulakan
lagi, tetapi ia sedang diatur untuk menghitam putihkannya. Adun
berkenaan dikatakan sedia menanggung apa yang bakal berlaku ke atasnya
demi melihat perubahan itu, hatta dituduh pengkhianat.
Katanya mereka bersedia ditohmah apa saja asalkan maksudnya untuk
merubah kedudukan MB itu berhasil. “Mereka meletakkan kepentingan negeri
dan rakyat melebihi kepentingan mereka,” demikian kata sumber rapat
dengan Adun berkenaan.
Kesediaan Adun berkenaan untuk berubah kedudukan memberi laluan untuk
menukar MB di negeri berkenaan yang dikatakan tidak menunjukkan prestasi
yang diharapkan. Apa yang lebih mendukacita lagi, MB itu tidak
menunjukkan dia sebagai seorang MB, masih berfoya-foya dengan jawatan
itu.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.