Malaysia bakal jadi negara tua
Oleh Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah
TATKALA ramai yang mempertikaikan cara pengoperasian khalwat dan pencegahan kemungkaran di negara ini, ramai tidak tahu bahawa lelaki di dunia termasuk negara ini mengalami penurunan kesuburan yang agak drastik berbanding 30 tahun lepas.
Penurunan kesuburan lelaki mampu menyebabkan penurunan populasi penduduk sesebuah negara.
Penurunan kesuburan lelaki yang dicatatkan dalam satu kajian menunjukkan 1.8% setahun bermula dari tahun 2000. Ini bermakna dalam tempoh 18 tahun penurunan sebanyak 32.4% atau 32.4% lelaki di dunia mengalami kemandulan terutama di negara-negara yang mengamalkan pemakanan tidak sihat dan berlakunya stres.
Kemandulan lelaki tidak bermakna mereka tidak mampu mengeluarkan sperma berkualiti yang diperlukan untuk proses kehamilan. Maka tidak menghairankan jika kehidupan seseorang lelaki yang mengamalkan ketagihan empat perkara pasti sukar untuk menghasilkan anak atau anak yang berkualiti.
Empat perkara tersebut ialah ketagihan rokok, arak, dadah dan makanan berlemak serta snek. Jika diteliti kependudukan Malaysia, kadar kesuburan bagi wanita pada 1990 adalah 3.6% dan kadar kesuburan lelaki adalah 4.3%.
Pada 2018, kadar kesuburan wanita menurun sehingga 2.6% dan lelaki adalah 1.8%. Manakala, kadar pertumbuhan penduduk pada 1990 adalah 2.9% tetapi tahun 2018 adalah 1.1%.
Adakah negara ini akan mengalami kadar pertumbuhan penduduk menyamai sifar dalam masa 20 tahun akan datang? Ini disebabkan jumlah bilangan golongan berusia 60 tahun ke atas semakin meningkat dari 3% tahun 1990 kepada 6.5% tahun 2018. Dijangka meningkat melebihi 15% menjelang 2030.
Pada masa sama, bilangan usia muda iaitu antara 15 hingga 64 tahun menurun dari 75% tahun 1990 kepada 69.7% tahun 2018. Dijangka menurun sehingga 60% menjelang 2030. Trend ini menyebabkan penengah umur meningkat dari 24 tahun pada 1990 kepada 28 tahun pada 2018 dan dijangka meningkat kepada 32 tahun menjelang 2030.
Adakah Malaysia akan menjadi negara tua menjelang 2050 jika trend peratusan penduduk berusia terus menguasai negara ini iaitu 30% daripada penduduk negara ini. Apa yang menakutkan adalah penduduk Malaysia sudah melepasi tahap tiada penggantian selepas 2030.
Keadaan ini berlaku kerana paras penggantian penduduk adalah melebih 2% kadar pertumbuhan penduduk. Tetapi yang berlaku hari ini adalah 1.1%. Bagi etnik Cina dan India berkemungkinan akan mengalami penurunan populasi akibat ketiadaan penggantian menjelang 2030. Bagi etnik Melayu, kadar penggantian akan hilang menjelang 2040.
Semakin ramai penduduk sebenarnya memberikan kelebihan kepada ekonomi negara. Tetapi jika penduduk semakin berkurangan dan stabil antara 35 juta hingga 45 juta dalam masa 30 tahun merupakan satu masalah besar kepada negara.
Malaysia tidak mampu bangkit menjadi harimau ekonomi Asia jika guna tenaga kerja golongan muda semakin berkurangan. Malaysia juga akan mengalami defisit ekonomi jika kadar pertumbuhan penduduk tidak melepasi kadar penggantian. Ini kerana negara kita mengalami peningkatan keluar kemakmuran negara melalui guna tenaga asing.
Tidak menghairankan guna tenaga warga asing pada hari ini melebihi 2 juta orang. Bilangan guna tenaga asing ini akan meningkat sekali ganda jika peratusan penduduk menurun dan tidak lagi mengalami kadar pertumbuhan penggantian penduduk dalam masa 20 tahun akan datang.
Persoalannya ialah adakah dengan membenarkan amalan LGBT mampu menyumbangkan kepada kadar pertumbuhan penduduk. Adakah dengan membenarkan amalan kehidupan tidak sihat seperti arak, merokok dan pemakanan tidak sihat dapat meningkatkan tahap kesuburan penduduk.
Adakah membenarkan dosa peribadi mampu menggalakkan penduduk negara ini menjalankan kehidupan yang sihat dari segi spiritual, fizikal dan mental.
Pada hari ini nisbah penduduk yang berkahwin dengan belum berkahwin adalah 6:4, berbanding 8:2 tahun 1990. Keadaan ini sebenarnya semakin tidak sihat kerana menggagalkan kadar pertumbuhan penduduk untuk melepasi kadar penggantian.
Di sini sebenarnya peranan ahli agamawan termasuk menteri agama dalam menggalakkan perkahwinan yang sihat. Bantuan kerajaan dalam memudah cara perkahwinan juga amat penting.
Malahan ganjaran perlu diberikan kepada mereka untuk memiliki anak yang ramai. Selain itu, kerajaan juga perlu membasmi amalan kehidupan yang tidak sihat supaya kadar kesuburan ditingkatkan.
* Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Kelantan

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.