PAS gembira keputusan PRK PD
KUALA LUMPUR: Tiada
rasa kecewa dengan kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson,
sebaliknya berbangga dengan prestasi undian rakyat terhadap PAS.
Menurut Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, beliau melahirkan rasa gembira dengan keputusan pada PRK tersebut.
"Pilihan raya itu PAS mendapat undi yang
meningkat 7,000 dari 6,000 dan kita bersendirian, satu parti saja
berdepan dengan tujuh penjuru, berdepan dengan kerajaan pusat Pakatan
Harapan, DAP, Parti Keadilan dan calon Bebas dan banyak penjuru.
"Walaupun banyak penjuru, undi pun meningkat, itu sangat menggembirakan," katanya kepada wartawan di lobi parlimen tadi.
Melihat kepada peningkatan pengundi
terhadap PAS di Port Dickson katanya, membolehkan PAS menubuhkan
cawangan di Negeri Sembilan.
"Apa yang perlu adalah dibuat post-mortem, post mortem kita akan buat seawalnya.
"Kita dapati undi kita boleh tubuh
cawangan masa akan datang. Kita ada jentera sendiri, parti lain tak ada
jentera, kita ada jentera di Port Dickson," katanya yang juga Ahli
Parlimen Marang.
Selain itu, beliau turut menentang
penganjuran Oktoberfest 2018 dan mahu semua pihak menghormati
sensitiviti umat Islam di negara ini yang merupakan kaum majoriti di
negara ini.
"PAS protes kerana mesti menghormati
sensitiviti orang Islam yang merupakan penduduk majoriti di Malaysia,
pada masa sama kita hormat agama lain.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.