'Under the moonlight 3'
Oleh ROSLI ABDUL JABAR
EDISI khas buat amilin PAS PRK Port Dickson. Dalam ribuan komen selepas PRK Port Dickson saya tertarik dengan satu komen tetapi di wall seorang sahabat saya, tulisnya:
"Selagi pembawaan Islam itu cara PAS, Islam itu tidak akan menang selamanya, jangan mimpilah."
Dia tak bagi tahu pula cara mana, cara
BN ke, cara PH ke, cara Jamaah Tabligh ke atau apa caranya sebagai
contoh untuk kita ikuti supaya Islam itu cepat menang. Dia hanya
mengatakan Islam itu tidak menang kerana PAS kalah, walaupun dia agak
kontra namun mungkin juga dalam pemikirannya hanya PAS bawa Islam sebab
itu dia anggap Islam itu kalah bila kalahnya PAS.
Dia pun tak kata Islam menang bila PH
menang. Mungkin juga dia anggap PH itu bukan parti yang perjuangkan
Islam sebab itu dia tetap kata Islam kalah walaupun PH menang dan dia
pun tidak pula isytiharkan bahawa kemenangan PH di Port Dickson adalah
kemenangan Islam. Yang dikatanya Islam itu kalah kerana PAS kalah,
mungkin juga dia anggap hanya PAS parti yang memperjuangkan Islam.
Mungkin juga dia hanya anggap kemenangan
itu hanya kepada keputusan pilihan raya sahaja. Tapi bagi kami sebagai
ahli PAS istilah kemenangan atau kekalahan bukan kerana keputusan
pilihan raya semata-mata, tetapi sebagaimana firman Allah S.W.T:
لَكِنِ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ جَاهَدُوا
بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ وَأُولَئِكَ لَهُمُ الْخَيْرَاتُ وَأُولَئِكَ
هُمُ الْمُفْلِحُونَ (٨٨) أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ
تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (٨٩)
"Tetapi Rasul dan orang-orang
yang beriman bersamanya, mereka berjihad dengan harta dan diri mereka.
Dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh kebaikan; dan mereka
itulah (pula) orang-orang yang beruntung. Allah telah menyediakan bagi
mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di
dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.”
(at-Taubah: 88-89)
Ahli PAS korbankan masa, tenaga dan
hartanya sekadar mampu untuk bantu perjuangan PAS yang membawa cita-cita
Islam. Muslimin atau muslimat, tua dan muda malahan yang miskin dan
uzur bertongkat pun turut datang membantu demi memburu kemenangan yang
dijanjikan Allah S.W.T.
Kami pergi dengan semangat perjuangan
dan kami kembali dengan kegembiraan, siap buat majlis kesyukuran petugas
PRK lagi. Mungkin dia rasa pelik dengan sikap amilin PAS, apa rahsianya
ahli PAS sentiasa gembira, meskipun apa jua keputusan pilihan raya?
Jawapannya 'sila baca Qur'an'.
Pesuruhjaya PAS Pahang
Adun Tanjung Lumpur




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.