Pemilihan PKR: Azmin dahului Rafizi di Kedah
ALOR SETAR: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pencabar
tunggalnya Mohd Rafizi Ramli dalam saingan jawatan timbalan presiden
Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu yang berlangsung di
10 cabang di Kedah semalam.
Cabang yang mengadakan pemilihan itu ialah Kuala Kedah, Alor Setar, Kubang Pasu, Pendang, Sik, Padang Terap, Pokok Sena, Baling, Langkawi dan Jerlun.
Menurut laman sesawang Pemilihan Keadilan 2018 di www.pemilihankeadilan2018.com, Mohamed Azmin yang juga menteri hal ehwal ekonomi mendapat 1,148 undi manakala Mohd Rafizi yang merupakan bekas Ahli Parlimen Pandan memperoleh 1,031 undi.
Pemilihan parti itu di negeri ini berlangsung 2 hari dengan proses pengundian di 5 cabang lagi iaitu Jerai, Merbok, Sungai Petani, Padang Serai dan Kulim-Bandar Baharu dijadualkan hari ini.
Pemilihan itu diadakan semula selepas semua proses pengundian pada 22
Sept lepas dibatalkan berikutan terdapat beberapa masalah dihadapi
ketika proses pengundian berlangsung.
Cabang yang mengadakan pemilihan itu ialah Kuala Kedah, Alor Setar, Kubang Pasu, Pendang, Sik, Padang Terap, Pokok Sena, Baling, Langkawi dan Jerlun.
Menurut laman sesawang Pemilihan Keadilan 2018 di www.pemilihankeadilan2018.com, Mohamed Azmin yang juga menteri hal ehwal ekonomi mendapat 1,148 undi manakala Mohd Rafizi yang merupakan bekas Ahli Parlimen Pandan memperoleh 1,031 undi.
Pemilihan parti itu di negeri ini berlangsung 2 hari dengan proses pengundian di 5 cabang lagi iaitu Jerai, Merbok, Sungai Petani, Padang Serai dan Kulim-Bandar Baharu dijadualkan hari ini.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.