Perkataan kurang sopan, Zuraida bawa Bung ke jawatankuasa dewan
KUALA LUMPUR: Usul untuk merujuk Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk
Seri Bung Moktar Radin kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas
perbuatannya mengeluarkan kata kesat akan dibahaskan hari ini.
Usul tersebut dikemukakan pada sidang Parlimen lalu oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata kata-kata Bung boleh dianggap sebagai menghina dewan.
“Dewan yang mulia ini memandang serius perbuatan Kinabatangan. Penggunaan perkataan yang kurang sopan oleh Kinabatangan telah menyinggung Ahli Parlimen lain, terutamanya Ahli Parlimen wanita kerana ia mencemarkan prestij dan nama baik Dewan Rakyat,” katanya hari ini.
Sebelum ini, Timbalan Speaker Datuk Rashid Hasnon meminta Bung menarik balik perkataan perkataan kesat itu.
Pada 7 Ogos lalu, Bung mengakui kesilapannya mengeluarkan perkataan “f*** you” dan “main pela***” serta menganggapnya sebagai tidak sopan.
“Saya dari awal tidak merujuk sesiapa, saya ingin menarik balik perkataan tersebut, saya menarik balik. memang ia tidak sopan pun,” katanya.
Terdahulu, Dewan Rakyat kecoh gara-gara perkataan “f*** you” dan “main pela***”.
Ia bermula apabila, Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) bangkit mencelah ucapan Bung berkenaan harga di pasar borong Selayang tidak turun selepas GST dimansuhkan.
Willie bertanya sama ada Bung pergi pasar borong tersebut atau ke casino, menyebabkan Bung naik angin.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.