PH guna dana asing, negara tiada daulat?
Oleh Amirul Mukminin
“Macam mana hendak berkecuali kalau berhutang dengan dana Amerika?” Begitulah soalan yang ditujukan seorang peserta kepada menteri pertahanan dalam sesi diskusi “Gerakan Rakyat Memenangkan Pakatan Harapan: Di Mana Cendekiawan?” di Universiti Malaya pada Jumaat lalu.
Peserta tersebut juga mempersoalkan bahawa kononnya Pakatan Harapan mendapat dana daripada Amerika Syarikat, lantas tidak mampu bertindak berkecuali dalam kedudukannya di Laut China Selatan.
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, dalam sesi itu, memberitahu bahawa Malaysia akan bertindak neutral dalam menghadapi persaingan ketenteraan China dan Amerika Syarikat di lautan itu.
Sejujurnya meskipun saya kritis, saya agak terkilan sikap peserta itu yang bertanya kerana agak tidak matang, kurang rasional, tidak sabar dan emosi dalam sesi tersebut.
Si penanya tidak memahami isu dan konsep sebenar secara komprehensif.
Maka di sini saya suka menjelaskan isu ini. Perlu juga saya nyatakan di sini bahawa saya bukanlah penyokong Pakatan Harapan tetapi sekadar seorang rakyat Malaysia yang prihatin dengan isu geopolitik.
Tulisan ini bukan membela kerajaan atau menteri, sebaliknya bertujuan menjelaskan salah faham agar rakyat Malaysia bersatu menghadapi cabaran antarabangsa.
Pendanaan luar memang isu kontroversi dalam politik antarabangsa. Ia boleh disalurkan dengan pelbagai sebab dan cara kepada bermacam-macam pertubuhan. Boleh jadi ia disalurkan kepada kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), parti politik, orang persendirian atau rumah ibadat.
Boleh jadi sesuatu dana itu kegiatan mencuci wang haram, penyebaran ideologi atau aktiviti keganasan. Dengan itu, tidak hairanlah sebahagian negara seperti Israel, Ethopia, India dan Belanda membentuk undang-undang untuk memantau pendanaan ini jika boleh menggugat keselamatan negara.
Kedaulatan bermakna kemampuan negara bertindak mandiri tanpa diurus campur oleh kuasa asing. Dalam isu ketenteraan, kedaulatan menjadi lebih jelas dan mudah diperhatikan kerana selagi keputusan ketenteraan kita tidak dipandu oleh negara lain bermakna kita berdaulat. Kedaulatan juga bermakna tanah air kita tidak boleh diceroboh oleh sesiapa, baik individu atau negara luar.
Dalam isu berbangkit, seperti dinyatakan oleh peserta itu, nama NGO yang berpusat di Amerika Syarikat seperti International Republican Institute (IRI) dan National Endowment for Democracy (NED) disebutkan.
Aktiviti dua NGO ini untuk memberi latihan dan bantuan bagi memperkasakan suara rakyat dan pendemokrasian negara. IRI menyediakan khidmat latihan kepada aktivis termasuk Barisan Nasional dan Pakatan Harapan dan telah menafikan menyalurkan wang kepada Pakatan Harapan.
Manakala NED pula menyalurkan dana untuk program dan kempen pendemokrasian di Malaysia. Geran kajian pula bersifat terbuka kepada semua, bahkan jika ada NGO pro-BN mahu mengambil geran kajian juga dibenarkan.
Isu-isu demokrasi, pemerkasaan masyarakat sivil, hak asasi manusia, urus tadbir kerajaan yang baik dan banyak lagi antara fokus kedua-dua NGO ini. Kebiasaannya topik-topik ini selaras dengan nilai-nilai yang diterima di peringkat antarabangsa.
Menariknya, badan-badan antarabangsa ini begitu telus sehingga kita boleh melihat laporan pendanaan mereka dan aktiviti yang dijalankan.
Dengan kata lain, tidak ada agenda tersembunyi di sini.
Kedua-dua badan yang disebutkan itu mendanai NGO, bukan kepada parti politik, untuk program demokratisasi di negara ini tetapi bukan untuk kepentingan negara Amerika dan bukan untuk menjatuhkan mana-mana kerajaan sedia ada.
Program ini untuk mempromosi keamanan sejagat melalui demokrasi. Cuba kita fikirkan dengan waras, bagaimanakah program diskusi, bengkel NGO yang terhad penyertaannya mampu menumbangkan kerajaan? Kebanyakan NGO Malaysia didanai itu pula tidak menyokong dasar hegemoni ekonomi atau dasar luar Amerika Syarikat secara total.
Manakala IRI dan NED pula bukan dana yang besar lagi konsisten, kebanyakannya bersifat sekali atau bergeran. Justeru tidak mungkin muncul kegusaran seperti kegiatan menumbangkan kerajaan dan tidak muncul kegusaran dasar pro-Amerika Syarikat.
Apa yang ditumbulkan, kononnya NGO ini membantu “revolusi warna” adalah persepsi yang simplistik, melupakan latar regim dan sejarah negara terlibat. Regim Barisan Nasional diturunkan melalui peti undi dan bukannya melalui revolusi. Tambahan lagi, dana itu tidak ada kena-mengena dengan persenjataan atau ketenteraan. Jadi di manakah soal kedaulatan kita dicabar?
Maka, tidak timbul soal kemampuan kerajaan untuk bertindak bebas dan mandiri. Wisma Putra dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kita memang berintergriti dan mementingkan negara. Menteri pertahanan dengan jelas menyatakan dasar kita untuk berkecuali sejak menganggotai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) puluhan tahun dulu lagi.
Tidak ada apa yang menghairankan dan perlu dirisaukan. Sejak merdeka, ATM juga pernah menjalankan latihan ketenteraan dengan pelbagai negara termasuk Amerika, Britain, India, Thailand, China dan Australia.
Namun tidak pula bermakna ketenteraan kita tidak berdaulat. Menteri pertahanan mengakui bahawa China adalah kuasa besar baharu tetapi dalam masa sama tetap memperakui peranan kuasa besar Amerika Syarikat.
Kesimpulannya, negara kita tetap berdaulat dan pendekatan berkecuali itu jalan terbaik. Kerajaan baharu ini tidak terhutang budi kepada sebarang penyumbang dana dari luar.
* Amirul Mukminin seorang pelajar sains politik dan hubungan antarabangsa di sebuah kampus Turki.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.