Politik Bingung Yang Jahil
Oleh Mohd Sayuti Omar
Ketua Lunjah Penerangan Pas Nasruddin Hassan mendakwa Anwar Ibrahim menang besar di PD kerana kebergantungan PH kepada jentera kerajaan.
Katanya PH terpaksa menangih kekuatan jentera kerajaan, seperti wang, mesin dan media.
Apa dilontarkan itu tuduhan dan modal tidak berasas. Ia juga merupakan satu analisa bingung dan jahil politik. Jika Nasruddin menjejaki sendiri cara Anwar berkempen menemui rakyat dan komuniti beliau tidak akan tergamak untuk melempar tuduhan itu.
Salah satu kekuatan Anwar yang tidak ada kepada orang lain ialah kerajinan dan keseriusan beliau berjumpa dengan orang ramai. Semasa di PD lebih 10 program sehari yang diaturkan untuknya.
Maknanya dalam masa dua minggu dua telah hadir ke kira-kira 140 program. Jika setiap program beliau dihadiri hanya 500 bermakna beliau menemui seramai 70,000 pengundi.
Sesiapa menjejaknya akan letih kerana beliau terlalu ligat. Anwar seorang yang komited dengan kerjanya dan itu budayanya. Baik dsemasa beliau dalam gerakan pelajar, belia, Abim dan politik cara beliau bekerja tidak akan terlawan.
Dalam hal ini ada persamaan beliau dengan Dr Mahathir. Sebab itulah bila diperhatikan kenapa mereka berjaya, dilihat kental dan berjaya, kerana budaya kerja yang ada kepadanya. Mereka mewarisi budaya orang Korea dan Jepun.
Sepatutnya Nasruddin meniru cara mereka berdua bekerja dan berkempen, bukannya dengan cara bermodalkan kisah fitnah ke atasnya. Maka jangan cemburulah kalau parti mereka sukses dan mereka akan terpacak menjadi pemimpin nombor satu negara ini. Trims.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.