'Under the moonlight 5'
Oleh ROSLI ABDUL JABAR
TIADA siapa yang lebih
faham. PAS membina kekuatannya melalui program tarbiyyah, pelbagai nama
program yang dianjurkan, Usrah, Ijtima' Tarbawi, Liqa' Fikri, Kuliah
Haraki dan banyak lagi. Semuanya bersifat mentarbiyyah ahlinya agar
memahami tujuan dan marhalah perjuangan PAS.
Al-Quran, Hadis-hadis Rasulullah S.A.W
dan menelusuri perjuangan Rasulullah S.A.W, para Sahabat serta
perjuangan umat terdahulu melalui kitab-kitab sirah yang menjadi teks
usrah dan program tarbiyyah sangat membekas dan mencetuskan semangat
berkorban demi Islam.
Kefahaman terhadap ilmu menjadi
keutamaan. Pimpinan PAS tidak pernah henti-henti mengadakan program
tarbiyyah untuk memberikan kefahaman kepada ahlinya kerana sabda Nabi
S.A.W:
من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين
“Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka Allah akan memahamkannya dalam urusan agama.”
(HR. Bukhari)
Kefahaman agama mencetuskan kesanggupan
untuk berkorban demi agama, sentiasa terdorong padanya oleh Allah S.W.T
untuk melakukan kebaikan dan sentiasa pula dirinya berada di dalam
kebaikan di dunia dan akhirat melalui amalan yang diperintahkan oleh
Allah S.W.T.
PAS menjadi madrasah yang mendidik
ahlinya dengan ilmu. Pernah seorang yang menyerang saya "Ingat PAS ini
baik sangat?," saya katakan "Terpulang apa jua tanggapan orang, tapi
saya yakin dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W bahawa
kefahaman ilmu akan mendatangkan kebaikan kepada manusia di dunia dan
akhirat".
Inilah yang dilakukan oleh pimpinan PAS
siang dan malam, mentarbiyyah ahlinya dengan ilmu dan hanya PAS parti
yang membina kekuatan partinya dengan kefahaman ilmu. Dengan kefahaman
inilah kami yakin, dengan keyakinan ini kami istiqamah berjuang dan kami
yakin inilah kebaikan bagi kami di dunia dan akhirat.
Malam ini Ijtima' Tarbawi "Keluargaku
Ahli PAS" untuk PAS Maran, jom! Bawa keluarga. Tiada siapa yang lebih
faham dari orang yang menuntut ilmu, biar isteri, anak-anak dan zuriat
kita faham bahawa perjuangan Islam ini tidak akan terhenti dengan
sebarang sebab kecuali mati, sabda Nabi S.A.W:
وَالْجِهَادُ
مَاضٍ مُنْذُ بَعَثَنِيَ اللهُ إِلَى أَنْ يُقَاتِلَ آخِرُ أُمَّتِيْ
الدَّجَّالَ لاَ يُبْطِلُهُ جُوْرُ جَائِرٍ وَلاَ عَدْلُ عَادِلٍ
“Jihad akan senantiasa
berlangsung sejak Allah mengutusku hingga umatku yang terakhir memerangi
Dajjal, ia tidak akan dihentikan oleh kejahatan orang jahat ataupun
keadilan orang adil.”
(HR. Abu Dawud)
Pesuruhjaya PAS Pahang
Adun Tanjung Lumpur




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.