Zahid yakin tidak didakwa jika rela keluar Umno
KUALA LUMPUR, 28 Okt ― Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa tidak
akan berdepan tuduhan jenayah jika meninggalkan Umno dan menyertai parti
lain.
Namun presiden Umno berkata beliau sedia menghadapi sebarang dugaan kerana “mempunyai Tuhan sebagai petunjuk”, lapor Berita Harian.
“Apa pun, saya yakin, jika saya melompat ke parti yang mana kerusinya adalah sedikit, saya pasti tidak menghadapi semua tuduhan ini,” katanya dipercayai merujuk kepada Parti Pribumi Bersatu (PPBM).
Dedah bekas timbalan perdana menteri, beliau ada bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat pemimpin tertinggi Umno lain.
Menurut mesej perdana menteri, dalam perjumpaan itu, sangat jelas, mahu mereka “melompat parti dan menyertai Bersatu (PPBM)”.
Minggu lalu, Zahid berdepan dengan 45 pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram, pecah amanah dan rasuah berjumlah RM114 juta.
Namun, wakil rakyat Bagan Datuk mengaku tidak bersalah.
Namun presiden Umno berkata beliau sedia menghadapi sebarang dugaan kerana “mempunyai Tuhan sebagai petunjuk”, lapor Berita Harian.
“Apa pun, saya yakin, jika saya melompat ke parti yang mana kerusinya adalah sedikit, saya pasti tidak menghadapi semua tuduhan ini,” katanya dipercayai merujuk kepada Parti Pribumi Bersatu (PPBM).
Dedah bekas timbalan perdana menteri, beliau ada bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat pemimpin tertinggi Umno lain.
Minggu lalu, Zahid berdepan dengan 45 pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram, pecah amanah dan rasuah berjumlah RM114 juta.
Namun, wakil rakyat Bagan Datuk mengaku tidak bersalah.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.