https://critoxium.com/shop/

Terkini

PPBM tak tawar jawatan parti, kerajaan kepada Tok Pa

TANAH MERAH: Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyertai PPBM malam tadi tidak ditawarkan sebarang jawatan dalam parti mahupun kerajaan.

Setiausaha agung PPBM, Datuk Marzuki Yahya berkata, setakat ini tiada sebarang perbincangan khusus di peringkat pucuk pimpinan parti untuk memberi sebarang jawatan kepada Mustapa yang juga ahli Parlimen Jeli.

“Mustapa hanya memaklumkan untuk menyertai parti dan mendukung perjuangan PPBM dalam memperkasakan kedudukan bangsa Melayu, terutama di Kelantan,” katanya selepas merasmikan Persidangan Tahunan PPBM Bahagian Tanah Merah, hari ini.

Hadir sama Pengerusi PPBM Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor dan Ketua PPBM Bahagian Tanah Merah, Bahari Mohd Nor.
Ditanya adakah PPBM akan menerima mana-mana pemimpin Umno untuk menyertai parti itu, Marzuki yang juga timbalan menteri luar berkata, pihaknya akan membuat tapisan terlebih dahulu sebelum menerima penyertaan pemimpin terbabit.

“Pemimpin lain boleh maklumkan untuk menyertai PPBM, tapi kita akan tapis dahulu kerana kita nak pemimpin yang betul-betul bersih sahaja.

“Setakat hari ini, Tok Pa (Mustapa) dilihat sebagai tokoh yang bersih, dihormati dan disegani.”
Malam tadi, Mustapa menyerahkan borang keanggotaannya secara rasmi kepada Pengerusi PPBM yang juga Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sambil disaksikan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan tertingginya pada sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan tertinggi parti di Petaling Jaya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.