https://critoxium.com/shop/

Terkini

Setpol minta Anwar pujuk Dr Mahathir jadi PM sampai PRU15

KOTA BARU,  Bagi memulihkan pentadbiran negara, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu kekal sebagai perdana menteri sehingga habis tempoh sepenggal.

Percaya pemulihan negara tidak boleh dibuat dalam tempoh singkat, setiausaha politiknya berkata, beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim “tidak ada masalah” untuk bersabar, lapor Utusan Online.

“Anwar sendiri pun ada sebut dua tiga kali, nak pulih (negara) ini bukan senang, nasib baik aku tak jadi perdana menteri,” kata Muhammad Zahid Md Arip.

“Saya penuh yakin dan percaya beliau cukup matang dan amat sabar, patut tidak ada masalah untuk beliau tunggu (lebih lama).”

Sehubungan itu, Zahid juga berharap ketua umum PKR dapat memujuk Mahathir untuk kekal selama sepenggal, biarpun sudah berjanji untuk memegang jawatan hanya dua tahun.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.