Peranti halang isyarat internet punca pemilihan PKR ditangguh
SHAH ALAM, 29 Okt — Polis mengesahkan alat yang dijumpai di ruang
atas tempat duduk Stadium Tertutup Kuala Selangor yang menjadi lokasi
Pemilihan PKR 2018 Cabang Kuala Selangor semalam, merupakan satu alat
bagi menghalang capaian isyarat internet, atau ‘Jammer’.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Md Asri A Wahab berkata ‘Mobile Phone Jammer 6 Antennas’ itu dijumpai di bahagian tempat duduk dalam stadium oleh petugas Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan, selepas pemilihan cabang itu ditangguhkan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan khianat, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih lima tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Susulan masalah berkaitan internet, pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor yang dijadualkan semalam ditangguhkan.
Terdahulu
satu laporan polis dibuat oleh seorang calon Ketua AMK Cabang Kuala
Selangor, R. Sabahbathi di Balai Polis Kuala Selangor kira-kira pukul 2
petang semalam susulan penemuan alatan itu.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Rashid Din ketika dihubungi Bernama berkata pemilihan di cabang Kuala Selangor terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan nanti berikutan masalah internet.
Beliau berkata JPP kecewa dengan dakwaan cubaan sabotaj di pemilihan cabang Kuala Selangor, selepas sistem e-undi tidak dapat dilaksanakan ekoran ketiadaan capaian internet, yang memaksa pihaknya mengambil keputusan untuk menangguhkan pemilihan cabang itu pada pukul 12 tengah hari.
“Laporan polis sudah dibuat mengenai penemuan alat itu dan kita harap polis dapat menjalankan siasatan terperinci,” katanya.
Mengenai kekecohan di cabang Ampang dan Tanjong Karang semalam, beliau berkata ia merupakan kekecohan yang biasa berlaku setiap kali pemilihan berlangsung.
Penundaan pemilihan cabang Kuala Selangor itu menjadikan lima daripada enam cabang memilih kepimpinan PKR semalam, yang terdiri daripada cabang Tanjong Karang, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat. — Bernama
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Md Asri A Wahab berkata ‘Mobile Phone Jammer 6 Antennas’ itu dijumpai di bahagian tempat duduk dalam stadium oleh petugas Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan, selepas pemilihan cabang itu ditangguhkan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan khianat, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih lima tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Susulan masalah berkaitan internet, pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor yang dijadualkan semalam ditangguhkan.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Rashid Din ketika dihubungi Bernama berkata pemilihan di cabang Kuala Selangor terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan nanti berikutan masalah internet.
Beliau berkata JPP kecewa dengan dakwaan cubaan sabotaj di pemilihan cabang Kuala Selangor, selepas sistem e-undi tidak dapat dilaksanakan ekoran ketiadaan capaian internet, yang memaksa pihaknya mengambil keputusan untuk menangguhkan pemilihan cabang itu pada pukul 12 tengah hari.
“Laporan polis sudah dibuat mengenai penemuan alat itu dan kita harap polis dapat menjalankan siasatan terperinci,” katanya.
Mengenai kekecohan di cabang Ampang dan Tanjong Karang semalam, beliau berkata ia merupakan kekecohan yang biasa berlaku setiap kali pemilihan berlangsung.
Penundaan pemilihan cabang Kuala Selangor itu menjadikan lima daripada enam cabang memilih kepimpinan PKR semalam, yang terdiri daripada cabang Tanjong Karang, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.