Tok Pa mampu bawa gelombang besar PH di Kelantan, kata Mat Sabu
KUALA LUMPUR, 29 Okt — Penyertaan bekas anggota Majlis Tertinggi Umno
Datuk Seri Mustapa Mohamed ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) akan membantu Pakatan Harapan (PH) membawa gelombang perubahan
dalam landskap politik di negeri Kelantan.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berkata selain memiliki imej yang cukup baik, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu adalah pemimpin yang sangat popular di Kelantan sekali gus mampu untuk membawa sokongan rakyat negeri kepada PH.
Beliau berkata pihaknya pernah di Kelantan satu ketika dahulu semasa Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan dan mendapati bahawa Mustapa adalah pemimpin nombor dua paling popular di Kelantan selepas Tok Guru (Nik Aziz).
“Dia
(Mustapa) pun setakat ini kami tidak dengar ada kontroversi besar
terhadap beliau, jadi kemasukan dia itu boleh bawa satu gelombang besar
Harapan di Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan
pejabat Amanah Wilayah Persekutuan dan Kawasan Bandar Tun Razak, di sini
semalam, semasa mengulas mengenai keputusan Mustapa yang lebih mesra
dengan panggilan ‘Tok Pa’ menyertai Bersatu.
Bulan lepas, Mustapa, 68, yang juga anggota Parlimen Jeli mengumumkan keluar daripada Umno selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti itu.
Sementara itu, ditanya kemungkinan pemimpin atau bekas pemimpin Barisan Nasional yang lain akan menyertai parti-parti komponen PH, Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata beliau yakin akan ada lagi nanti.
Sementara itu Mohamad berkata selepas Pilihan Raya Umum ke-14, secara purata Amanah menerima permohonan untuk ahli baharu 10,000 orang setiap bulan dengan Kelantan mencatatkan jumlah keahlian yang paling ramai.
“Ini menunjukkan orang Melayu terutama di Pantai Timur sudah mula menyokong Pakatan Harapan,” katanya. — Bernama
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berkata selain memiliki imej yang cukup baik, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu adalah pemimpin yang sangat popular di Kelantan sekali gus mampu untuk membawa sokongan rakyat negeri kepada PH.
Beliau berkata pihaknya pernah di Kelantan satu ketika dahulu semasa Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan dan mendapati bahawa Mustapa adalah pemimpin nombor dua paling popular di Kelantan selepas Tok Guru (Nik Aziz).
Bulan lepas, Mustapa, 68, yang juga anggota Parlimen Jeli mengumumkan keluar daripada Umno selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti itu.
Sementara itu, ditanya kemungkinan pemimpin atau bekas pemimpin Barisan Nasional yang lain akan menyertai parti-parti komponen PH, Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata beliau yakin akan ada lagi nanti.
Sementara itu Mohamad berkata selepas Pilihan Raya Umum ke-14, secara purata Amanah menerima permohonan untuk ahli baharu 10,000 orang setiap bulan dengan Kelantan mencatatkan jumlah keahlian yang paling ramai.
“Ini menunjukkan orang Melayu terutama di Pantai Timur sudah mula menyokong Pakatan Harapan,” katanya. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.