Anwar yakin mampu penuhi janji PRK Port Dickson
PORT DICKSON, 11 Nov — Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar
Ibrahim yakin mampu menunaikan janji-janjinya semasa berkempen pada
Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan baru-baru ini, antaranya
meningkatkan tahap ekonomi masyarakat di sini.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Aminuddin Harun dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bagi memastikan hasrat itu dapat dipenuhi.
“Saya telah berbincang menjadikan ekonomi, hotel, kilang-kilang dan tahap pendidikan di Port Dickson (di tahap) lebih tinggi berbanding sebelum ini," katanya semasa berucap pada Majlis Ulang Tahun Ke-38 Persatuan Keturunan Toh Port Dickson di Lukut dekat sini malam tadi.
Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, M. Ravi dan Pengerusi Persatuan Keturunan Toh Port Dickson, Prof Madya Datuk Dr Toh Kian Kok.
Dalam pada itu, Anwar berkata Port Dickson semakin terkenal di pentas dunia semenjak kemenangannya dalam PRK lepas.
“Saya suka kerana Port Dickson kini popular di seluruh dunia. Presiden Turki (Recep Tayyip Erdogan) telefon saya ucap tahniah kerana menang sebagai Anggota Parlimen Port Dickson.
“Temu ramah saya dengan (media antarabangsa) BBC dan Bloomberg baru-baru ini juga menyebut nama Port Dickson. Maka seluruh dunia sudah tahu (Port Dickson) sekarang," katanya. — Bernama
Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Aminuddin Harun dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bagi memastikan hasrat itu dapat dipenuhi.
“Saya telah berbincang menjadikan ekonomi, hotel, kilang-kilang dan tahap pendidikan di Port Dickson (di tahap) lebih tinggi berbanding sebelum ini," katanya semasa berucap pada Majlis Ulang Tahun Ke-38 Persatuan Keturunan Toh Port Dickson di Lukut dekat sini malam tadi.
Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, M. Ravi dan Pengerusi Persatuan Keturunan Toh Port Dickson, Prof Madya Datuk Dr Toh Kian Kok.
“Saya suka kerana Port Dickson kini popular di seluruh dunia. Presiden Turki (Recep Tayyip Erdogan) telefon saya ucap tahniah kerana menang sebagai Anggota Parlimen Port Dickson.
“Temu ramah saya dengan (media antarabangsa) BBC dan Bloomberg baru-baru ini juga menyebut nama Port Dickson. Maka seluruh dunia sudah tahu (Port Dickson) sekarang," katanya. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.