Apa itu ratifikasi ICERD?
AHAD lalu Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Dewan
Pemuda Pas dan NGO-NGO melakukan rapat umum di Kuala Lumpur bagi
membantah cadangan Kerajaan PH untuk meratifikasi ICERD.
Timbalan Perdana Menteri ketika ditanya mengatakan bahawa cadangan untuk meratifikasi ICERD belum diperincikan lagi. Kenyataan ini menunjukkan bahawa secara faktanya memang terdapat cadangan daripada pelbagai pihak dalam kerajaan untuk melaksanakan ratifikasi ICERD.
Apakah sebenarnya ratifikasi ICERD? Barangkali ramai dalam kalangan rakyat sendiri tidak tahu dan mungkin tidak faham apa itu ratifikasi ICERD. Apatah lagi istilah yang digunakan dilihat agak janggal dan tidak sensitif bagi kebanyakan rakyat. Apatah lagi istilah tersebut kelihatan begitu akademik atau ilmiah.
Ratifikasi bermaksud mengesahkan, manakala ICERD pula adalah singkatan daripada International Convention For Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau dalam bahasa Melayu bermaksud Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum.
ICERD adalah salah satu daripada konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang Hak Asasi Manusia.
ICERD diterima oleh Perhimpunan Agung PBB pada 1965 dan dikuatkuasakan pada 1969. Artikel 5 ICERD menjelaskan negara-negara yang telah meratifikasi konvensyen ini mesti menghalang dan memusnahkan diskriminasi kaum dalam semua bentuk dan menjamin hak setiap orang, tanpa perbezaan kaum, warna kulit, asal-usul bangsa dan mendapatkan kesaksamaan di sisi undang-undang.
Penulis berpandangan bahawa ICERD jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan tentang Hak Istimewa orang-orang Melayu, Bumiputera, kedudukan agama Islam dan institusi Raja-Raja Melayu.
Cadangan ratifikasi ICERD boleh dilihat sebagai langkah pihak-pihak tertentu yang dominan dalam Kerajaan PH untuk meletakkan batu asas usaha yang panjang dan berterusan bagi menghakis asas dan tiang seri utama dalam Perlembagaan Persekutuan. Ironinya usaha ini merupakan satu ancaman luar jangka panjang secara halus kepada kedaulatan negara.
Apa yang boleh difahami, mana-mana negara yang meratifikasi ICERD akan memberi komitmen kepada pemakaian konvensyen tersebut di negara masing-masing walaupun pemakaiannya masih bergantung kepada peruntukan undang-undang tempatan sesebuah negara.
Negara yang meratifikasi akan menghadiri persidangan kumpulan negara yang sudah meratifikasi dan mereka akan melaporkan kepada persidangan tersebut tentang tahap pelaksanaan yang ditelah dilakukan di negara masing-masing.
Melalui cara demikian, maka negara yang meratifikasi merasai satu bentuk ‘seni’ tekanan antarabangsa untuk melanjutkan inti pati konvensyen dalam kerangka undang-undang tempatan. Ini sekali gus mendedahkan dan meletakkan kedaulatan negara kepada tekanan secara halus pada jangka masa yang panjang.
Persoalannya, adakah berlaku diskriminasi kaum di Malaysia sejak merdeka? Apa sebenarnya yang diinginkan oleh golongan ini? Pihak kerajaan khususnya parti dalam kerajaan yang kononnya memperjuangkan hak Bumiputera perlu menyatakan pendirian tegas mereka dalam perkara ini.
Jangan hanya diam membisu ketakutan kerana faktor jumlah kerusi yang sedikit, tapi berikan pencerahan dan halang golongan yang mahu merosakkan asas kenegaraan Malaysia ini.
Pergerakan Pemuda Umno akan terus menghalang sebarang usaha bagi meratifikasi ICERD demi untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.
* Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.